Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes COVID-19 sejagat jangkaui 20 juta

Jumlah kes virus korona sejagat sudah melebihi 20 juta pada Isnin (10 Ogos), menurut data Reuters, dengan Amerika Syarikat, Brazil dan India membentuk lebih separuh daripada keseluruhan jumlah kes jangkitan.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes COVID-19 sejagat jangkaui 20 juta

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 11 Aug 2020 08:39AM Dikemas Kini : 11 Aug 2020 08:41AM

REUTERS: Jumlah kes virus korona sejagat sudah melebihi 20 juta pada Isnin (10 Ogos), menurut data Reuters, dengan Amerika Syarikat, Brazil dan India membentuk lebih separuh daripada keseluruhan jumlah kes jangkitan.

Penyakit pernafasan itu menjangkiti sekurang-kurangnya tiga kali ganda purata individu yang dijangkiti influenza (demam selesema) serius setiap tahun, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Sementara itu, angka korban COVID-19, dengan lebih 728,000 kematian sejauh ini sudah mengatasi julat atas bagi jumlah kematian akibat selesema setiap tahun.

Data Reuters yang dikumpul berdasarkan laporan Pemerintah, menunjukkan bahawa penyakit itu kian merebak. Ia mengambil masa hampir enam bulan sebelum ia mencapai 10 juta kes selepas kes jangkitan yang pertama dilaporkan di Wuhan, China pada awal Januari. Ia mengambil masa hanya 43 hari saja untuk meningkat seganda kepada 20 juta.

Para pakar percaya data rasmi berkemungkinan tidak mendedahkan jumlah sebenar kes jangkitan dan kematian, terutama sekali di negara-negara yang mempunyai keupayaan ujian yang terhad.

Pandemik itu meningkat dengan pantas di Amerika Latin yang merangkumi hampir 28 peratus daripada kes jangkitan sejagat dan lebih daripada 30 peratus kematian, menurut data Reuters.

Dengan gelombang pertama belum lagi sampai ke kemuncaknya di beberapa negara dan berlaku peningkatan semula kes di negara-negara lain, pemerintah-pemerintah dunia masih berbelah bagi berhubung tindak balas mereka terhadap virus itu.

Sebilangan negara menguatkuasakan semula langkah-langkah kesihatan awam yang tegas manakala ada juga yang terus melonggarkan sekatan.

Para pakar kesihatan menjangkakan dilema mengenai bagaimana untuk meneruskan kehidupan sosial, pekerjaan dan sekolah dan langkah-langkah sekatan yang berubah-ubah selagi penawarnya belum berjaya dihasilkan. 

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan