Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kes COVID-19 S'pura jangkaui 30,000; 614 kes baru

Jumlah kes COVID-19 di Singapura menjangkaui 30,000 pada Jumaat (22 Mei), dengan 614 kes baru dilaporkan setakat sehingga 12.00 tengah hari.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes COVID-19 S'pura jangkaui 30,000; 614 kes baru

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 22 May 2020 04:21PM Dikemas Kini : 22 May 2020 04:25PM

SINGAPURA: Jumlah kes COVID-19 di Singapura menjangkaui 30,000 pada Jumaat (22 Mei), dengan 614 kes baru dilaporkan setakat sehingga 12.00 tengah hari.

Ini menjadikan jumlah terkumpul di negara ini sebanyak 30,426.

Sebahagian besar daripada kes-kes baru itu melibatkan pekerja asing yang tinggal di dormitori, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini hariannya.

Empat daripada kes-kes baru itu adalah rakyat atau Penduduk Tetap (PR), dengan jumlah itu merosot jika dibandingkan dengan 13 semalam, iaitu jumlah tertinggi dalam masa lebih tiga minggu.

Menurut MOH, kemas kini selanjutnya akan diumumkan pada malam ini.

Dalam kalangan 13 kes jangkitan tempatan pada Khamis, tiga adalah kakitangan prasekolah dan empat adalah penghuni rumah jagaan warga emas. Ketujuh-tujuh kes itu dikenal pasti menerusi pemeriksaan dan ujian aktif yang dijalankan oleh MOH. Lagi empat kes adalah sebahagian daripada keluarga yang terkait kelompok dormitori.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan