Skip to main content

Iklan

Iklan

Kes COVID-19 hampir cecah 10 juta di seluruh dunia

 Jumlah kes COVID-19 di seluruh dunia hampir mencecah 10 juta pada Ahad (28 Jun), menurut perangkaan yang dikumpulkan Reuters.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes COVID-19 hampir cecah 10 juta di seluruh dunia

(Gambart: NIAID/AFP)

Diterbitkan : 28 Jun 2020 12:38PM Dikemas Kini : 28 Jun 2020 12:49PM

BEIJING: Jumlah kes COVID-19 di seluruh dunia hampir mencecah 10 juta pada Ahad (28 Jun), menurut perangkaan yang dikumpulkan Reuters.

Ini adalah sekitar dua kali ganda jumlah jangkitan influenza teruk yang dicatatkan setiap tahun, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Ia berlaku sedang banyak negara yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 melonggarkan sekatan-sekatan pergerakan sambil melakukan penyesuaian meluas kepada kehidupan sosial dan pekerjaan, yang mungkin berlanjutan selama sekurang-kurangnya setahun atau sehingga vaksin dihasilkan.

Beberapa negara kini mengalami peningkatan kes jangkitan yang menyebabkan pihak berkuasa menguat kuasakan semula sebahagian daripada sekatan pergerakan. Para pakar berkata ini mungkin akan dilakukan secara berulang dalam beberapa bulan akan datang sehingga tahun 2021.

Amerika Utara, Amerika Latin dan Eropah masing-masing membentuk sekitar 25 peratus daripada keseluruhan kes COVID-19. Asia dan Timur Tengah pula masing-masing membentuk sekitar 11 peratus dan 9 peratus daripada kes-kes jangkitan, menurut perangkaan Reuters.

Sebanyak 497,000 kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan sejauh ini, hampir sama dengan jumlah kematian akibat influenza yang dilaporkan setiap tahun.  

Sumber : Reuters/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan