Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes COVID-19 di seluruh dunia melebihi 12 juta

Jumlah kes COVID-19 di seluruh dunia melebihi 12 juta pada Rabu (9 Jul), menurut data yang dikumpulkan Reuters, selepas lebih banyak bukti menunjukkan ia boleh merebak melalui udara dan sudah pun meragut nyawa lebih daripada sejuta orang dalam tujuh bulan.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes COVID-19 di seluruh dunia melebihi 12 juta

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 09 Jul 2020 08:53AM Dikemas Kini : 09 Jul 2020 08:58AM

LONDON: Jumlah kes COVID-19 di seluruh dunia melebihi 12 juta pada Rabu (9 Jul), menurut data yang dikumpulkan Reuters, selepas lebih banyak bukti menunjukkan ia boleh merebak melalui udara dan sudah pun meragut nyawa lebih daripada sejuta orang dalam tujuh bulan.

Jumlah itu adalah tiga kali ganda penyakit influenza teruk yang dilaporkan setiap tahun, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Banyak negara yang terjejas teruk sedang melonggarkan sekatan pergerakan yang dikuat kuasa bagi membendung penularan virus itu manakala negara-negara lain seperti China dan Australia melaksanakan satu lagi pusingan sekatan pergerakan sebagai tindak balas kepada kemunculan semula kes-kes jangkitan. Para pakar berkata penyesuaian pada pekerjaan dan kehidupan sosial mungkin berterusan sehingga satu vaksin dihasilkan.

Kes COVID-19 yang pertama dilaporkan di China pada awal Januari dan ia mengambil masa 149 hari sebelum mencecah 6 juta kes. Data itu menunjukkan, ia mengambil kurang daripada sepertiga waktu itu - hanya 39 hari - sebelum jumlah kes naik kepada dua kali ganda iaitu sebanyak 12 juta kes.

Lebih daripada 546,000 kematian dikaitkan dengan virus itu sejauh ini, setara dengan jumlah kematian akibat influenza yang dilaporkan setiap tahun di seluruh dunia.

Kematian pertama dilaporkan pada 10 Jan di Wuhan, China sebelum jumlah kes jangkitan dan kematian melonjak di Eropah dan kemudian di Amerika Syarikat.

Amerika Syarikat mencatat tiga juta kes pada Selasa (7 Jul) dan membentuk lebih daripada suku jumlah kes dan kematian di seluruh dunia. Ia sekali gus meletakkan strategi pandemik Presiden AS Donald Trump dalam penelitian.

Perkiraan Reuters yang berdasarkan laporan-laporan Pemerintah menunjukkan bahawa virus itu merebak lebih pantas di Amerika Latin.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan