Skip to main content

Iklan

Iklan

Kes COVID-19 di Indonesia melonjak jangkaui 55,000

Kes positif COVID-19 di Indonesia berterusan mencatatkan peningkatan kepada 55,092 kes, dengan 51 lagi kematian dalam tempoh 24 jam.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes COVID-19 di Indonesia melonjak jangkaui 55,000

(Gambar: Willy Kurniawan/REUTERS)

Diterbitkan : 29 Jun 2020 06:47PM Dikemas Kini : 29 Jun 2020 06:49PM

JAKARTA: Kes positif COVID-19 di Indonesia berterusan mencatatkan peningkatan kepada 55,092 kes, dengan 51 lagi kematian dalam tempoh 24 jam.

Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia mengenai COVID-19, Achmad Yurianto, bagi tempoh 12.00 tengah hari semalam sehingga 12.00 tengah hari ini, (29 Jun) 1,082 kes positif baru dicatatkan manakala jumlah keseluruhan kematian kini 2,805 orang.

"Sebanyak 13,335 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19," katanya di sidang media harian yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Wilayah Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian tertinggi keseluruhan iaitu 863 kes, diikuti dengan wilayah Jakarta (625 kes), Kalimantan Selatan (186), Jawa Barat (175) dan selebihnya di wilayah lain di Indonesia.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan