Skip to main content

Iklan

Iklan

Kes COVID-19 di Indonesia lepasi angka 400,000

Kes jangkitan COVID-19 di Indonesia kini melepasi angka 400,000 selepas mencatatkan 4,029 kes positif baru dalam tempoh 24 jam lepas.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes COVID-19 di Indonesia lepasi angka 400,000

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 28 Oct 2020 07:53PM Dikemas Kini : 28 Oct 2020 07:57PM

JAKARTA: Kes jangkitan COVID-19 di Indonesia kini melepasi angka 400,000 selepas mencatatkan 4,029 kes positif baru dalam tempoh 24 jam lepas.

Bagaimanapun sebanyak 325,793 pesakit daripada 400,483 yang disahkan positif virus itu, sudah sembuh daripada jangkitan berkenaan.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini (28 Okt), sebanyak 169,833 lagi pesakit masih dalam pemantauan.

Bagi tempoh pukul 12.00 tengah hari semalam (27 Okt) sehingga pukul 12.00 tengah hari ini juga, sebanyak 100 lagi kematian dicatatkan, menjadikan jumlah kematian kumulatif di republik itu kini 13,612 orang.

Provinsi Jakarta kekal mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di negara itu dengan 103,522 kes setelah tambahan 844 kes baru manakala provinsi Jawa Timur merekodkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 3,724 orang.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan