Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes COVID-19 di Indonesia kini 23,851; dengan 1,473 kematian dilaporkan

Kes positif COVID-19 di Indonesia kini berjumlah 23,851 dengan 55 kes kematian lagi dicatatkan dalam tempoh 24 jam.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes COVID-19 di Indonesia kini 23,851; dengan 1,473 kematian dilaporkan

(Gambar: TEGUH PRIHATNA/AFP)

Diterbitkan : 28 May 2020 09:00AM Dikemas Kini : 28 May 2020 09:02AM

JAKARTA: Kes positif COVID-19 di Indonesia kini berjumlah 23,851 dengan 55 kes kematian lagi dicatatkan dalam tempoh 24 jam.

Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto, bagi tempoh setakat sehingga 12.00 tengah hari Selasa sehingga 12.00 tengah semalam (27 Mei), sebanyak 686 tambahan kes positif baru, manakala jumlah keseluruhan kematian akibat virus tersebut kini meningkat kepada 1,473 orang.

"Ketika ini juga seramai 12,667 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19," katanya dalam sidang media hariannya yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Jakarta masih mencatatkan jumlah keseluruhan kematian tertinggi setakat ini iaitu 509 kes, diikuti Jawa Timur (320 kes) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Bernama/AW/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan