Skip to main content

Iklan

Iklan

Kes COVID-19 di Indonesia bertambah 1,611 jangkitan baru, 52 lagi kematian

Kes positif COVID-19 di Indonesia berterusan meningkat kepada 72,347 kes, iaitu tambahan 1,611 kes baru dalam tempoh 24 jam.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes COVID-19 di Indonesia bertambah 1,611 jangkitan baru, 52 lagi kematian

Gerakan ujian swab COVID-19 ke atas para peniaga pasar tradisional di Jakarta (Gambar: /REUTERS)

Diterbitkan : 10 Jul 2020 07:07PM Dikemas Kini : 10 Jul 2020 07:10PM

JAKARTA: Kes positif COVID-19 di Indonesia berterusan meningkat kepada 72,347 kes, iaitu tambahan 1,611 kes baru dalam tempoh 24 jam.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Encik Achmad Yurianto, berkata bagi tempoh pukul 12.00 tengah hari semalam sehingga 12.00 tengah hari ini, sebanyak 52 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah keseluruhan kematian kini 3,469 orang.

“Sebanyak 13,882 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19,” katanya dalam sidang media hariannya yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi, iaitu 1,152 kes, diikuti Jakarta (671 kes), Jawa Tengah (235), Kalimantan Selatan (211) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

Provinsi tertinggi kes positif keseluruhan adalah di Jawa Timur, iaitu sebanyak 15,730 kes, diikuti Jakarta (13,739 kes) dan selebihnya di 32 lagi provinsi lain.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan