Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes COVID-19 di AS cecah 3 juta, cetus kebimbangan hospital dibebani

Jumlah kes virus korona di Amerika Syarikat mencecah lebih tiga juta pada Selasa (7 Jul), menurut data yang dikumpulkan Reuters, kira-kira bersamaan jumlah penduduk di Nevada, sekaligus mencetuskan kebimbangan bahawa hospital-hospital akan dibebani.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes COVID-19 di AS cecah 3 juta, cetus kebimbangan hospital dibebani

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 08 Jul 2020 10:45AM Dikemas Kini : 08 Jul 2020 10:52AM

NEW YORK: Jumlah kes virus korona di Amerika Syarikat mencecah lebih tiga juta pada Selasa (7 Jul), menurut data yang dikumpulkan Reuters, kira-kira bersamaan jumlah penduduk di Nevada, sekaligus mencetuskan kebimbangan bahawa hospital-hospital akan dibebani.

Amerika Syarikat mempunyai jumlah tertinggi kes jangkitan dan kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia. Lebih daripada 130,000 rakyat Amerika meninggal dunia kerana virus itu. Para pakar memberi amaran jumlah itu mungkin akan terus meningkat menyusuli peningkatan rekod jumlah kes di banyak negeri.

Dalam minggu pertama Julai, 18 negeri melaporkan peningkatan rekod kes baru COVID-19, menurut data yang dikumpulkan oleh Reuters.

Dalam ucapan Hari Kemerdekaan di Rumah Putih pada Sabtu (4 Jul), Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mendakwa tanpa bukti bahawa 99 peratus daripada kes virus korona di Amerika Syarikat "tidak berbahaya langsung".

Encik Trump enggan memakai pelitup di tempat awam dan tidak cenderung menggalakkan rakyatnya berbuat demikian, dengan mengatakan ia adalah pilihan peribadi. Beliau menghadiri satu sambutan Hari Kemerdekaan di Mount Rushmore di Dakota Selatan di mana penggunaan pelitup tidak diwajibkan dan jarak selamat tidak diamalkan.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan