Skip to main content

Iklan

Iklan

Kes COVID-19 di AS cecah 2.5 juta

Jumlah kes jangkitan COVID-19 di Amerika Syarikat sudah melepasi 2.5 juta, menurut perangkaan yang dipantau Universiti Johns Hopkins.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes COVID-19 di AS cecah 2.5 juta

(Gambar fail: Callaghan O'Hare/Reuters)

Diterbitkan : 28 Jun 2020 09:37AM Dikemas Kini : 28 Jun 2020 09:52AM

WASHINGTON: Jumlah kes jangkitan COVID-19 di Amerika Syarikat sudah melepasi 2.5 juta, menurut perangkaan yang dipantau Universiti Johns Hopkins.

Negara paling teruk terjejas akibat pandemik COVID-19, sedang bergelut untuk menangani lonjakan jangkitan baru di banyak kawasan.

Angka korban akibat virus tersebut di Amerika Syarikat pula mencecah lebih 125,000 orang iaitu sekitar suku daripada lebih 495,000 kematian yang dicatatkan di seluruh dunia.

Florida melaporkan jumlah rekod hampir 9,600 kes jangkitan dalam tempoh 24 jam lalu sedang jumlah kes di negeri itu melonjak.

Pembukaan semula ekonominya yang dilakukan dengan cepat menyaksikan golongan muda berkunjung ke pantai, kawasan dermaga dan bar.

Florida adalah di antara lebih separuh negeri-negeri di Amerika Syarikat, terutamanya di bahagian selatan dan barat negara itu, yang menyaksikan lonjakan kes baru COVID-19.

Perkembangan itu sekali gus menjejas usaha untuk membuka semula dan memulihkan ekonomi yang teruk terjejas akibat pandemik COVID-19. 

Sumber : AFP/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan