Skip to main content

Iklan

Iklan

Kes baru COVID-19 di S'pura cecah angka 1,000; lelaki 90 tahun kes kematian ke-60

Sebanyak 1,004 kes jangkitan tempatan COVID-19 dilaporkan di Singapura setakat tengah hari Sabtu (18 Sep) dengan satu lagi kematian disebabkan komplikasi jangkitan koronavirus.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes baru COVID-19 di S'pura cecah angka 1,000; lelaki 90 tahun kes kematian ke-60

Gambar: Calvin Oh

Diterbitkan : 19 Sep 2021 12:37AM Dikemas Kini : 19 Sep 2021 12:38AM

SINGAPURA: Sebanyak 1,004 kes jangkitan tempatan COVID-19 dilaporkan di Singapura setakat tengah hari Sabtu (18 Sep) dengan satu lagi kematian disebabkan komplikasi jangkitan koronavirus.

Seorang lelaki warga Singapura berusia 90 tahun yang tidak divaksinasi meninggal dunia pada Jumaat (17 Sep), menurut Kementerian Kesihatan (MOH), sambil menambah bahawa beliau mempunyai sejarah penyakit barah, sakit jantung dan radang paru-paru.

Lelaki tersebut menunjukkan gejala dan dibawa ke Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) pada 17 September. Beliau disahkan positif COVID-19 pada hari yang sama.

Kematiannya menjadikan jumlah kematian di Singapura akibat COVID-19 mencapai 60.

Jumlah kes jangkitan baru hari ini terdiri daripada 926 kes dalam masyarakat dan 78 penghuni di dormitori.

Sebanyak 863 pesakit kini dirawat di hospital, naik daripada 813 hari sebelumnya.

Terdapat 105 kes yang sakit teruk hingga memerlukan bantuan oksigen dan 18 dalam keadaan kritikal di Unit Jagaan Rapi (ICU).

Dalam kalangan mereka yang sakit amat teruk, 100 adalah warga emas berusia lebih 60 tahun.

Terdapat juga lima kes import, membawa jumlah kes keseluruhan di Singapura kepada 1,009.

Setakat Sabtu, Singapura melaporkan 76,792 kes COVID-19 secara keseluruhannya.

Terdapat juga kelompok baru COVID-19 di Pfizer Asia Pacific dengan 22 kes.

20 daripadanya adalah kakitangan syarikat itu manakala dua adalah pekerja pembersihan. Menurut MOH, kemudahan itu tidak terlibat dalam pengeluaran vaksin.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan