Skip to main content

Iklan

Iklan

Kes baru COVID-19 di Malaysia terus berkurang kepada 10,959

Kes baru COVID-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lepas sehingga 12 tengah hari ini (27 Sep) terus mencatatkan pengurangan dengan 10,959 kes dilaporkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes baru COVID-19 di Malaysia terus berkurang kepada 10,959

Gambar fail: REUTERS

Diterbitkan : 27 Sep 2021 03:29PM Dikemas Kini : 27 Sep 2021 03:31PM

KUALA LUMPUR: Kes baru COVID-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lepas sehingga 12 tengah hari ini (27 Sep) terus mencatatkan pengurangan dengan 10,959 kes dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di media sosialnya memaklumkan kes baru itu berkurangan sebanyak 2,145 kes, berbanding 13,104 kes semalam. 

“Perkembangan terbaru itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini adalah 2,209,194 kes,” katanya.

Sarawak mencatatkan kes harian tertinggi dengan 2,723 diikuti Johor (1,226); Kelantan (983);  Selangor (979); Pulau Pinang (793); Sabah (751); Pahang (739) dan Perak (713). 

Terengganu pula merekodkan 691 kes disusuli Kedah (660); Melaka (346); Kuala Lumpur (176); Negeri Sembilan (110); Perlis (51) dan Putrajaya (18) manakala tiada kes baharu di Labuan. 

Dr Noor Hisham turut memaklumkan penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) hospital COVID-19 di seluruh negara setakat semalam ialah 68 peratus daripada 1,543 katil manakala katil bukan ICU sebanyak 59 peratus daripada 16,677 katil. 

Sumber : Bernama/SS/ih
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan