Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes baru COVID-19 di Indonesia bertambah 2,354, lagi 50 kematian

Indonesia melaporkan 2,345 kes baru COVID-19 pada Sabtu (15 Ogos), menaikkan jumlah keseluruhan kes di negara itu sebanyak 137,468, menurut data yang dikeluarkan oleh pasukan bertindak COVID-19 negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes baru COVID-19 di Indonesia bertambah 2,354, lagi 50 kematian

Para pelajar melakukan perbarisan di Banjarmasin sambil memakai pelindung muka. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 15 Aug 2020 08:24PM Dikemas Kini : 15 Aug 2020 08:29PM

JAKARTA: Indonesia melaporkan 2,345 kes baru COVID-19 pada Sabtu (15 Ogos), menaikkan jumlah keseluruhan kes di negara itu sebanyak 137,468, menurut data yang dikeluarkan oleh pasukan bertindak COVID-19 negara itu.

Data tersebut mendedahkan terdapat lebih daripada 50 kematian disebabkan oleh COVID-19, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sebanyak 6,071.

Pada Jumaat (14 Ogos), Presiden Indonesia Joko Widodo mencadangkan belanjawan 2,747.5 trilion rupiah (S$253 bilion) untuk 2021, dengan langkah-langkah dilakarkan untuk memberi tumpuan terhadap mempercepatkan pemulihan ekonomi di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Indonesia akan diberikan akses keutamaan kepada formula vaksin COVID-19 yang dicipta oleh China sebaik sahaja calon vaksin itu menerima kelulusan peraturan, menurut seorang pegawai pada Rabu (12 Ogos).

Ia merupakan antara manfaat yang diraih Indonesia menerusi penyertaan dalam uji cuba peringkat terakhir terhadap manusia calon vaksin yang dicipta oleh Sinovac Biotech, yang merupakan salah satu vaksin di dunia yang berada di fasa ketiga ujian klinikal.

Jika uji cuba itu berjalan lancar, Bio Farma akan menghasilkan sendiri vaksin itu di kemudahannya di Bandung.

Selain dari kerjasama bersama Sinovac, Indonesia juga sedang mencipta sendiri vaksinnya.

Ia juga sedang menjalin kerjasama dengan negara-negara lain yang berpotensi mencipta vaksin seperti Korea Selatan dan Amiriah Arab Bersatu.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan