Skip to main content

Iklan

Iklan

Kerja-kerja binaan di Seletar Aerospace Heights digantung sejak kes pertama COVID-19 dilaporkan

Syarikat pemaju hartanah bagi tapak kerja Seletar Aerospace Heights yang dikaitkan dengan lima kes penyakit virus korona COVID-19 "serta merta menghentikan kerja-kerja binaan".

Anggaran Waktu Membaca:
Kerja-kerja binaan di Seletar Aerospace Heights digantung sejak kes pertama COVID-19 dilaporkan

Tapak kerja Seletar Aerospace Heights.

Diterbitkan : 19 Feb 2020 04:34PM Dikemas Kini : 19 Feb 2020 04:39PM

SINGAPURA: Syarikat pemaju hartanah bagi tapak kerja Seletar Aerospace Heights yang dikaitkan dengan lima kes penyakit virus korona COVID-19 "serta merta menghentikan kerja-kerja binaan" setelah pihaknya dimaklumkan mengenai kes pertama penyakit virus itu dalam kalangan kakitangannya pada 9 Feb.

Boustead Projects mengesahkan perkara tersebut dalam satu kenyataan media pada Selasa (18 Feb) bahawa lima pemegang Pas Kerja yang merupakan rakyat Bangladesh - dikenal pasti sebagai Kes 42, 47, 52, 56 dan 69 oleh Kementerian Kesihatan (MOH) - semuanya pekerja di bawah anak syarikat firma tersebut.

Sebelum ini, mereka bekerja di sebuah tapak projek di Seletar Aerospace Heights, bagi memperluaskan Pusat Perkhidmatan Singapura bagi syarikat penerbangaan Kanada Bombardier.

Lima perkerja itu tidak bekerja atau memasuki kemudahan yang sedia ada itu, iaitu Pusat Khidmat Bombardier di 10 Seletar Aerospace Heights, dan kerja mereka terbatas di tapak binaan di 8 dan 12 Seletar Aerospace Heights, menurut Boustead lagi.

Syarikat itu sebelum ini mengesahkan pada 12 Feb bahawa tiga kakitangannya dikenakan perintah kuarantin.

Beberapa kakitangan Boustead masih dikuarantin, menurut seorang jurucakap syarikat itu pada Rabu sebagai menjawab pertanyaan Mediacorp, tetapi beliau enggan mengulas mengenai jumlah sebenar kakitangan yang dikuarantin.

Kerja-kerja binaan dihentikan bagi melaksanakan kerja pembersihan meluas di tapak pembangunan itu dan kemudahan sedia ada sebagai langkah berjaga-jaga, menurut syarikat tersebut.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan