Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kerajaan M'sia terlalu awal longgarkan sekatan, kata ketua jawatankuasa penasihat vaksinasi

Ketua Jawatankuasa Penasihat Vaksinasi Malaysia, Dr Awang Bulgiba berkata, kerajaan negara itu sudah melonggarkan sekatan-sekatan koronavirus terlalu awal.

Anggaran Waktu Membaca:
Kerajaan M'sia terlalu awal longgarkan sekatan, kata ketua jawatankuasa penasihat vaksinasi

Gambar fail. (Gambar: AP Photo/Vincent Thian)

Diterbitkan : 18 Apr 2021 04:59PM Dikemas Kini : 18 Apr 2021 05:01PM

MALAYSIA: Ketua Jawatankuasa Penasihat Vaksinasi Malaysia, Dr Awang Bulgiba berkata, kerajaan negara itu sudah melonggarkan sekatan-sekatan koronavirus terlalu awal.

Dalam wawancara dengan akhbar New Sunday Times, Dr Awang turut membayangkan sesetengah pihak menerima layanan istimewa berhubung penguatkuasaan protokol keselamatan.

Malaysia masih bergelut dengan gelombang ketiga jangkitan COVID-19, dengan lebih 2,000 kes dilaporkan setiap hari buat tiga hari berturut-turut.

Dr Awang juga mendakwa, pihak berkuasa Malaysia mungkin belum sedia maklum tentang kemunculan varian-varian baru COVID-19 yang lebih mudah berjangkit dalam masyarakat.

Sementara itu, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa kawasan di Sarawak, Kelantan dan Sabah, mula dikuatkuasakan hari ini (18 Apr) hingga 1 Mei depan.

Sejajar dengan itu, jabatan pendidikan Kelantan mengarahkan semua sekolah dan institusi pendidikan di negeri itu ditutup bermula hari ini hingga 24 April depan.

Penutupan seluruh kampus Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Kota Kinabalu, juga akan dilanjutkan hingga 2 Mei.

Ini kerana masih berlaku penularan jangkitan COVID-19 secara berterusan dalam kalangan penghuni asrama UMS. 

Sumber : Agensi berita/AA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan