Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kerajaan M'sia tanggung makanan, penginapan pelajar terkandas di luar negara

Kerajaan melalui agensi penaja akan menampung sepenuhnya kos penginapan dan makanan pelajar Malaysia yang tamat pengajian tetapi terkandas di luar negara berikutan penularan wabak COVID-19, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob.

Anggaran Waktu Membaca:
Kerajaan M'sia tanggung makanan, penginapan pelajar terkandas di luar negara

Menteri Kanan Malaysia (Kluster Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 04 Apr 2020 11:25AM Dikemas Kini : 04 Apr 2020 11:36AM

PUTRAJAYA: Kerajaan melalui agensi penaja akan menampung sepenuhnya kos penginapan dan makanan pelajar Malaysia yang tamat pengajian tetapi terkandas di luar negara berikutan penularan wabak COVID-19, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata penaja pelajar berkenaan bersetuju untuk menanggung semua kos meliputi sewa rumah, makan minum dan sebagainya di negara masing-masing, lapor agensi berita Bernama.

"Jadi ibu bapa tak perlu bimbang, ramai ibu bapa berkata anak mereka sepatutnya pulang kerana situasi kewangan mereka yang tak mampu bayar sewa rumah, beli makanan dan sebagainya di sana. 

"Jadi kerajaan melalui penaja seperti MARA, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Petronas akan bantu dari segi tempat tinggal dan makanan," katanya.

Encik Ismail Sabri, yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-Menteri berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya pada Jumaat (3 Apr).

Dalam perkembangan yang berasingan, Encik Ismail Sabri berkata syarikat persendirian dan ejen swasta dialu-alukan untuk membantu kerajaan membawa pulang penuntut Malaysia di luar negara.

Bagaimanapun, beliau berkata mereka perlu mendapatkan kerjasama daripada agensi kerajaan seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Imigresen Malaysia bagi mengelak sebarang kesulitan.

"Kita tidak mahu nanti bila tiba di lapangan terbang ada masalah dengan imigresen dan sebagainya. Jadi saya harap jika ada ejen seperti itu, sila hubungi pihak MKN supaya kita dapat bantu mereka,” katanya lagi.

Sumber : Bernama/AY/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan