Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kerajaan M'sia dituduh berlengah, seminggu selepas program vaksinasi dilancarkan

Lebih seminggu selepas Malaysia melancarkan program vaksinasi, kerajaannya dituduh berlengah.

Anggaran Waktu Membaca:
Kerajaan M'sia dituduh berlengah, seminggu selepas program vaksinasi dilancarkan

Masyarakat menunggu untuk menjalani ujian swab COVID-19. (Gambar: Reuters/Lim Huey Teng)

Diterbitkan : 06 Mar 2021 06:50PM Dikemas Kini : 06 Mar 2021 06:52PM

MALAYSIA: Lebih seminggu selepas Malaysia melancarkan program vaksinasi, kerajaannya dituduh berlengah.

Ini menyebabkan hospital-hospital privet Malaysia menyokong khidmat vaksinasi untuk para pelanggan yang sedia membayar.

Fasa 1 program imunisasi negara Malaysia menyasarkan pemberian vaksin kepada sekitar setengah juta pekerja barisan hadapan.

Malaysia sejauh ini sudah menerima sekitar 500,000 juta dos vaksin Pfizer BioNTech dengan lagi tiga jenis vaksin belum diterima.

Kini, terdapat sekitar 600 pusat vaksinasi di merata Malaysia dan kerajaan menyasarkan untuk memberi vaksin kepada 80 peratus penduduk negara itu menjelang Februari tahun depan.

Sekitar 100,000 orang yang sudah disuntik vaksin sejak pelancaran pada 24 Februari lalu.

Suntikan vaksin di Malaysia tidak diwajibkan tetapi ia diberikan secara percuma kepada penduduk tempatan dan warga asing yang berusia 18 tahun ke atas disebabkan dasar kesihatan awam.

Pihak berkuasa menyatakan mereka yakin bahawa semua pekerja barisan hadapan yang penting akan divaksinasi menjelang hujung bulan ini.

Sumber : Bernama/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan