Skip to main content

Iklan

Iklan

Keluarga Thai ini hidup dalam pondok setinggi 1.2 meter sahaja dek COVID-19

Penularan COVID-19 memaksa pasangan suami isteri, Encik Thanapat Noidee dan Cik Papassorn dan anak-anak mereka, mengisi perut dengan mi yang didermakan akibat belenggu kemiskinan yang semakin meruncing.

Anggaran Waktu Membaca:
Keluarga Thai ini hidup dalam pondok setinggi 1.2 meter sahaja dek COVID-19

Encik Thanapat Noidee bersama keluarganya. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 31 May 2020 11:44PM Dikemas Kini : 31 May 2020 11:50PM

BANGKOK: Penularan COVID-19 memaksa pasangan suami isteri, Encik Thanapat Noidee dan Cik Papassorn dan anak-anak mereka, mengisi perut dengan mi yang didermakan akibat belenggu kemiskinan yang semakin meruncing.

Kedaifan keluarga itu lebih memilukan kerana mereka terpaksa menjadikan pondok kecil setinggi 1.2 meter sahaja sebagai tempat berteduh. Sedangkan ia terletak di tengah daerah komersil dengan dikelilingi hotel bertaraf lima bintang dan restoran mahal.

Mereka perlu melutut untuk bergerak di dalam rumah kecil itu.

Keluarga itu berkongsi ruang sempit bersama dua anak, bernama Woraphat dan Kittipat. Masing-masing berusia enam dan tujuh tahun.

Di pondok itu, suami isteri berkenaan terpaksa membongkok untuk bergerak dalam ruang yang sekali gus menjadi tempat tidur, makan dan juga ruang tamu.

Di bahagian bawah pondok itu pula, terdapat saluran paip air dan lantai konkrit yang dijadikan kawasan dapur yang turut dihuni tikus.

Cik Papassorn hilang pekerjaannya selepas Thailand melaksanakan perintah berkurung pada hujung Mac lalu bagi membendung penularan COVID-19.

"Saya terpaksa meminjam wang daripada ayah dan datuk untuk membayar bil elektrik.

"Sekolah akan dibuka semula tidak lama lagi (1 Julai) dan saya perlu mencari wang bagi menampung perbelanjaan itu," katanya.

Walaupun pandemik COVID-19 di negara itu kian terkawal selepas perintah berkurung dilaksanakan, Cik Papassorn belum dapat kembali bekerja. Manakala suaminya memperoleh pendapatan kira-kira 1,000 bath (S$44) sehari sebagai pemandu teksi motosikal.

Keluarga itu terpaksa bergantung kepada sumbangan makanan harian daripada Holy Redeemer Church, namun khidmat kebajikan itu dihentikan selepas bandar dibuka semula.

"Tanpa sumbangan makanan, saya terpaksa berusaha lebih keras bagi memastikan kami sekeluarga dapat hidup," kata Encik Thanapat.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan