Skip to main content

Iklan

Iklan

Kelawar dengan virus serupa COVID-19 ditemui di Laos

Saintis menemui satu lagi pembayang mengenai asal usul virus yang menyebabkan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Kelawar dengan virus serupa COVID-19 ditemui di Laos

Gambar fail: AFP

Diterbitkan : 22 Sep 2021 10:55PM Dikemas Kini : 22 Sep 2021 10:57PM

PARIS: Saintis menemui satu lagi pembayang mengenai asal usul virus yang menyebabkan COVID-19.

Kelawar yang tinggal di gua di Laos didapati membawa patogen serupa yang pakar mendakwa mungkin berupaya menjangkiti manusia secara langsung.

Penyelidik dari Insititut Pasteur di Perancis dan Universiti Nasional Laos berkata hasil kajian mereka itu menunjukkan bahawa virus dengan kandungan genetik mirip virus SARS-CoV-2 "wujud di alam semula jadi" dalam kalangan jenis kelawar yang hidup di gua batu kapur di bahagian utara Laos, negara yang berjiran dengan China.

Daripada virus yang dikenal pasti dalam kalangan ratusan kelawar yang diuji di Wilayah Vientiane, tiga didapati amat serupa dengan virus yang menyebabkan COVID-19, khususnya dalam mekanisme yang bersangkut kepada sel manusia.

Dr Marc Eloit yang mengetuai makmal analisis sampel yang dikumpul, berkata masih terdapat perbezaan ketara antara virus yang ditemui dengan SARS-CoV-2.

Namun, katanya, penemuan itu "adalah satu langkah ke depan" dalam mengenal pasti asal usul pandemik COVID-19, mengesahkan teori bahawa koronavirus yang merebak ke seluruh dunia mungkin bermula daripada kelawar hidup.

Dr Martin Hebbert, Profesor Penyakit Baru Berjangkit di Sekolah London bagi Kebersihan dan Perubatan Tropik, yang tidak terlibat dalam kajian itu, berkata bahawa virus yang paling terkait dekat didapati mampu menjangkiti sel manusia "semudah" SARS-CoV-2 lantas mungking juga boleh menjangkiti manusia.

Tetapi, beliau menekankan bahawa virus itu "bukan sejenis dengan virus pandemik".

Walau bagaimanapun, para penyelidik kajian Laos itu berkata bahawa dapatan mereka menunjukkan bahawa pandemik koronavirus mungkin berubah-ubah selepas bercampur dengan pelbagai virus dan jenis kelawar.  

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan