Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Keimunan vaksin COVID-19 keluaran Moderna dapat bertahan selama setahun

Keimunan vaksin COVID-19 Moderna dapat bertahan selama sekurang-kurangnya setahun, menurut syarikat itu pada Isnin (11 Jan) di persidangan Jagaan Kesihatan JP Morgan.

Anggaran Waktu Membaca:
Keimunan vaksin COVID-19 keluaran Moderna dapat bertahan selama setahun

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 12 Jan 2021 01:29PM Dikemas Kini : 12 Jan 2021 01:30PM

MASSACHUSETTS: Keimunan vaksin COVID-19 Moderna dapat bertahan selama sekurang-kurangnya setahun, menurut syarikat itu pada Isnin (11 Jan) di persidangan Jagaan Kesihatan JP Morgan.

Syarikat pengilang ubat-ubatan itu menyatakan bahawa ia yakin teknologi messenger RNA (mRNA) yang digunakan sesuai untuk menghasilkan vaksin berdasarkan varian baru virus korona yang sudah dikesan di sebilangan negara.

Vaksin syarikat itu, mRNA-1273, menggunakan mRNA sintetik untuk meniru permukaan virus korona dan 'mengajar' sistem keimunan untuk mengenal pasti dan meneutralkannya.

Moderna menyatakan pada Disember bahawa ia akan menjalankan ujian bagi mengesahkan aktiviti vaksin itu terhadap sebarang jenis virus COVID-19.

Syarikat itu turut mendedahkan pada Isnin bahawa ia menjangkakan dapat membekalkan 600 juta hingga 1 bilion dos vaksin pada 2021 dan meramalkan penjualan berkaitan vaksin bernilai AS$11.7 bilion (S$15.5 bilion) pada tahun ini, berdasarkan persetujuan pembelian awal yang ditandatangani bersama dengan sebilangan pemerintah.

"Pasukan kami berasa sangat gembira dengan rekod yang dicatatkan buat masa ini.. bahawa kami menepati sasaran untuk mengeluarkan sekurang-kurangnya 600 juta dos," kata Ketua Pegawai Eksekutif Moderna Stéphane Bancel.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan