Skip to main content

Iklan

Iklan

Kedai makan Tiong Bahru, pasar raya FairPrice di Bukit Merah antara tempat dikunjungi kes COVID-19 semasa berjangkit

Sebuah kedai makan di Tiong Bahru dan sebuah cawangan NTUC FairPrice di Bukit Merah Central disertakan dalam senarai tempat awam yang dikunjungi kes COVID-19 semasa tempoh berjangkit.

Anggaran Waktu Membaca:
Kedai makan Tiong Bahru, pasar raya FairPrice di Bukit Merah antara tempat dikunjungi kes COVID-19 semasa berjangkit

Kedai makan Tiong Bahru Yong Tao Hu di 56 Eng Hoon Street. (Gambar: Google Street View)

Diterbitkan : 21 Jun 2021 08:06AM Dikemas Kini : 21 Jun 2021 08:07AM

SINGAPURA: Sebuah kedai makan di Tiong Bahru dan sebuah cawangan NTUC FairPrice di Bukit Merah Central disertakan dalam senarai tempat awam yang dikunjungi kes COVID-19 semasa tempoh berjangkit.

Dalam kemas kininya pada malam Ahad (20 Jun) Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan individu-individu berjangkit telah mengunjungi tempat-tempat berikut:

  • Kedai roti St Leaven di Takashimaya pada 6 Jun antara 6.45 pagi hingga 5.00 petang
  • Pusat beli-belah Causeway Point mall di Woodlands pada 6 Jun antara 4.35 petang hingga 5.10 petang
  • Tiong Bahru Yong Tao Hu di 56 Eng Hoon Street pada 12 Jun antara 6.00 pagi hingga 5.00 petang serta pada 14 Jun antara 5.00 pagi hingga 4.20 petang
  • NTUC FairPrice di 166 Bukit Merah Central pada 17 Jun antara 10.35 pagi hingga 12.40 tengah hari
  • Teo Heng KTV Studio di Bedok Point pada 17 Jun antara 11.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
  • Market Square@Downtown East pada 17 Jun antara 8.00 malam hingga 9.00 malam

MOH menyatakan ia sudah pun memaklumkan mereka yang dikenalpasti sebagai kontak rapat kes yang disahkan.

"Sebagai langkah berjaga-jaga, mereka yang berada di tempat-tempat itu pada masa yang dicatatkan harus memantau kesihatan mereka dengan teliti selama 14 hari dari tarikh kunjungan mereka," tambah MOH.

"Mereka harus segera berjumpa doktor jika mereka mengalami gejala jangkitan pernafasan akut (seperti batuk, sakit tekak dan selesema) serta demam dan hilang deria rasa atau bau dan memberitahu doktor mengenai sejarah pendedahan mereka kepada virus tersebut."

MOH menambah orang ramai juga boleh mengakses khidmat periksa sendiri padanan lokasi SafeEntry menerusi aplikasi TraceTogether, SingPass Mobile atau di lelaman https://wereyouthere.safeentry.gov.sg untuk memeriksa sama ada mereka berada di tempat-tempat tersebut pada waktu yang tertera, berdasarkan rekod SafeEntry mereka sendiri.

Orang ramai tidak perlu menjauhi tempat-tempat yang dikunjungi kes COVID-19, tambah kementerian itu.

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) akan memberi panduan kepada pihak pengurusan premis-premis yang terjejas mengenai kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman.

Pada Ahad, MOH melaporkan 11 kes baru COVID-19 di SIngapura termasuk sembilan jangkitan dalam masyarakat. Baki dua adalah kes import. 

Sumber : Today/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan