Skip to main content

Iklan

Iklan

Kedai bubble tea Playmade kedai pertama didenda kerana langgar langkah jarak selamat COVID-19

Sebuah kedai bubble tea menjadi kedai pertama yang didenda kerana tidak mematuhi langkah jarak selamat, ketika banyak kedai dan perniagaan yang tidak menyediakan khidmat penting mula ditutup 7 Apr semasa tempoh "pemutus rantaian" jangkitan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Kedai bubble tea Playmade kedai pertama didenda kerana langgar langkah jarak selamat COVID-19

Gambar fail. (Gambar: Playmade/Facebook)

Diterbitkan : 10 Apr 2020 12:13PM Dikemas Kini : 10 Apr 2020 12:18PM

SINGAPURA: Sebuah kedai bubble tea menjadi kedai pertama yang didenda kerana tidak mematuhi langkah jarak selamat, ketika banyak kedai dan perniagaan yang tidak menyediakan khidmat penting mula ditutup 7 Apr semasa tempoh "pemutus rantaian" jangkitan COVID-19.

Playmade by 丸作 di Waterway Point didenda S$1,000 kerana tidak menguatkuasakan langkah jarak selamat meskipun sudah berulang kali diberi amaran, menurut Enterprise Singapore dan Lembaga Pelancongan Singapura (STB) dalam satu kenyataan bersama pada Khamis (9 Apr).

Cawangan tersebut gagal melaksanakan sistem pengurusan orang ramai dan membenarkan pelanggan untuk "berkumpul bersama" tanpa jarak 1 meter antara satu sama lain, menurut pihak berkuasa.

Jika ia terus melanggar peraturan, kedai itu akan berdepan denda lebih tinggi dan mungkin didakwa di mahkamah, tambah pihak berkuasa.

Sebagai sebahagian daripada langkah jarak selamat dipertingkat, hanya khidmat penting seperti tempat makanan dan pasar basah dibenarkan dibuka.

Langkah itu dilaksanakan bermula Selasa (7 Apr) sehingga 4 Mei, sebagai "pemutus rantaian" jangkitan bagi membendung penularan virus korona COVID-19.

Di sebalik pengumuman itu, banyak perniagaan tidak penting masih terus dibuka.

Pada hari kedua dan ketiga tempoh "pemutus rantaian", 85 perniagaan diarah berhenti beroperasi menyusuli pemeriksaan yang dilakukan Enterprise Singapore dan STB.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan