Keadaan darurat di Tokyo dilanjutkan kurang 3 bulan jelang Olimpik
Keadaan darurat COVID-19 di Tokyo dan bahagian lain di Jepun dilanjutkan hari ini (7 Mei).
TOKYO: Keadaan darurat COVID-19 di Tokyo dan bahagian lain di Jepun dilanjutkan hari ini (7 Mei).
Ini dilakukan kurang daripada tiga bulan sebelum temasya Sukan Olimpik diadakan, dengan sekatan juga dilaksanakan di dua wilayah yang jumlah kes jangkitannya semakin meningkat.
Langkah-langkah itu, yang kurang ketat berbanding perintah berkurung yang dilaksanakan di negara-negara lain, sepatutnya berakhir pada Isnin ini (11 Mei).
Namun kini, ia dilanjutkan sehingga hujung bulan, menurut Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.