Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kapasiti ujian COVID-19 digandakan; penting kawal penularan sedang S'pura melangkah ke Fasa 2, kata PM Lee

Singapura sedang menggandakan kapasiti ujian supaya dapat menyambung semula kerja dan kegiatan sosial secara bertahap-tahap dan dengan selamat di tengah-tengah pandemik COVID-19. 

Anggaran Waktu Membaca:
Kapasiti ujian COVID-19 digandakan; penting kawal penularan sedang S'pura melangkah ke Fasa 2, kata PM Lee

Gambar-gambar: Terence Tan, Fyrol/MCI)

SINGAPURA: Singapura sedang menggandakan kapasiti ujian supaya dapat menyambung semula kerja dan kegiatan sosial secara bertahap-tahap dan dengan selamat di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Namun, untuk memenangi perjuangan melawan virus korona itu, Perdana Menteri Lee Hsien Loong menegaskan Singapura memerlukan setiap orang untuk memainkan peranan masing-masing.

Encik Lee menulis demikian sehubungan dengan Fasa 2 pembukaan semula Singapura pada 19 Jun, dalam catatan Facebooknya hari ini (17 Jun).

Semalam, beliau mengadakan lawatan maya untuk bersua dengan pasukan yang menguruskan usaha ujian COVID-19 di Singapura.

Ujian COVID-19 adalah satu bahagian penting dalam strategi negara untuk mengawal penularan pandemik itu, kata Encik Lee, dan pasukan tersebut sibuk menganjurkan serta mengendalikannya.

"Operasi besar dan rumit ini bergantung kepada ramai individu, semuanya memainkan peranan masing-masing agar ujian dapat berjalan lancar," tulis beliau.

"Ia bukan sekadar melakukan ujian swab tetapi berada di barisan hadapan, mengambil semua langkah berjaga-jaga dan menjalankan prosedur dengan betul. Ia tugas berat dan memerlukan pengorbanan dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua yang menjayakannya."

Sedang Singapura melangkah ke Fasa 2 pembukaan semula selepas tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19 berakhir, Encik Lee berharap setiap orang akan terus menjaga jarak selamat dan kebersihan diri yang baik.

"Marilah kita membuat peralihan yang selamat dan stabil ke Fasa 2," ujar beliau. 

Di bawah Fasa 2 mulai 19 Jun, Jawatankuasa Berbilang Kementerian (MTF) mengumumkan lebih banyak kegiatan dan perniagaan akan disambung semula termasuk pertemuan sehingga lima orang dibenarkan di tempat awam mahupun di dalam rumah.

Keputusan untuk memulakan Fasa 2 itu dibuat selepas melihat trend jumlah kes baru COVID-19 kian kecil, termasuk kes melibatkan para pekerja asing dan berkurangnya kelompok baru yang besar.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : BERITA Mediacorp/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan