Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kanada tangani wabak COVID-19 lebih baik daripada Amerika Syarikat: PM Trudeau

Kanada menangani penularan virus korona lebih baik daripada banyak negara sekutunya, termasuk Amerika Syarikat (AS), kata Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau pada Rabu (8 Jul) dalam kenyataan yang jarang dibuat mengenai usaha AS yang semakin goyah.

Anggaran Waktu Membaca:
Kanada tangani wabak COVID-19 lebih baik daripada Amerika Syarikat: PM Trudeau

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 09 Jul 2020 08:39AM Dikemas Kini : 09 Jul 2020 08:45AM

OTTAWA: Kanada menangani penularan virus korona lebih baik daripada banyak negara sekutunya, termasuk Amerika Syarikat (AS), kata Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau pada Rabu (8 Jul) dalam kenyataan yang jarang dibuat mengenai usaha AS yang semakin goyah.

Kanada yang mempunyai 10 peratus daripada jumlah penduduk di Amerika Syarikat - sejauh ini melaporkan 8,711 kematian dan 106,167 kes COVID-19. Encik Trudeau berkata keadaan menjadi semakin stabil di negara itu, meskipun beberapa tempat masih melaporkan jumlah kes yang tinggi.

Secara perbandingan, Amerika Syarikat melaporkan lebih daripada 3 juta kes dan 131,000 kematian. Pihak berkuasa melaporkan peningkatan jumlah kes yang membimbangkan setiap hari di kira-kira 20 negeri sejak dua minggu lalu.

"Kami dapat mengawal virus ini lebih baik daripada kebanyakan negara sekutu kami, khususnya negara jiran kami," kata Encik Trudeau dalam satu taklimat, sambil menambah ini akan membantu usaha untuk memulakan semula kegiatan ekonomi.

Kanada dan Amerika Syarikat menyekat perjalanan tidak penting antara kedua-dua negara itu sejak Mac lalu dan sedang berunding sama ada untuk melanjutkan larangan perjalanan apabila ia berakhir pada 21 Jul.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan