Skip to main content

Iklan

Iklan

Kakitangan ION Orchard mula jalani ujian swab COVID-19

Penutupan ION Orchard berlaku selepas pihak berkuasa mengumumkan langkah melonggarkan langkah-langkah kewaspadaan dipertingkat. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Jun 2021 08:11PM Dikemas Kini : 12 Jun 2021 09:23PM

SINGAPURA: Operasi ujian COVID-19 dimulakan pada Sabtu (12 Jun) bagi kakitangan ION Orchard ketika pusat beli-belah itu ditutup empat hari bagi kerja-kerja pembasmian kuman.

Langkah itu diambil setelah tiga kes jangkitan COVID-19 dikesan di pusat tersebut minggu ini.

Hanya kakitangan yang disahkan negatif COVID-19 dibenarkan kembali bekerja pada Rabu depan.

Bermula dari 3.00 petang tadi, barisan orang ramai mula memasuki ION Orchard melalui pintu masuk di tepi bangunan.

Mereka terdiri daripada kakitangan kedai serta kontraktor yang diberikan janji temu untuk menjalani ujian secara percuma.

Menurut seorang peruncit, ujian itu dijalankan di tempat meletak kereta ION Orchard.

Pada Jumaat lalu, seorang wanita yang bekerja di kedai farmasi Guardian diumumkan sebagai kes jangkitan COVID-19 yang ketiga dalam kalangan kakitangan di pusat beli-belah tersebut.

Menurut Guardian, kali terakhir pekerja tersebut berada di kedai ialah pada Rabu lalu. Tambahnya, semasa tempoh Kewaspadaan Dipertingkat, pekerjanya juga tidak ditempatkan di kedai-kedai berbeza bagi mencegah jangkitan antara pasukan pekerja berbeza.

Penutupan ION Orchard berlaku selepas pihak berkuasa mengumumkan langkah melonggarkan langkah-langkah kewaspadaan dipertingkat.

Semasa tempoh penutupan tersebut, ION Orchard memberitahu penyewanya, mereka diberi pelepasan sewa. 

Sumber : CNA/NZ/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan