Skip to main content

Iklan

Iklan

Kaedah ujian COVID-19 guna sampel air liur, keputusan lebih cepat

Ujian PCR yang memberikan keputusannya dalam sejam dan menggunakan sampel air liur, bukan calitan cecair hidung bagi mengesan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Kaedah ujian COVID-19 guna sampel air liur, keputusan lebih cepat

kKt ujian COVID-19, keluaran Advanced MedTech, yang menggunakan sampel air liur.

Diterbitkan : 01 Aug 2021 05:03PM Dikemas Kini : 01 Aug 2021 08:43PM

SINGAPURA: Ujian PCR yang memberikan keputusannya dalam sejam dan menggunakan sampel air liur, bukan calitan cecair hidung bagi mengesan COVID-19.

Itulah antara kelebihan kaedah baru yang dihasilkan sebuah syarikat ketika ujian COVID-19 menjadi satu kelaziman dalam kehidupan seharian kita.

Lebih cepat, automatik dan tidak invasif.

Menurut pengeluar kit ujian Advanced MedTech, itulah yang membezakan ujian PCR COVID-19 syarikat itu daripada yang lain.

Dibangunkan bersama A*STAR dan DSO Labs, ia menghasilkan tiga juta kit ujian setiap bulan yang digunakan di makmal-makmal terkenal seperti Parkway Laboratories serta bagi ujian ke atas pelawat di Lapangan Terbang Changi.

Syarikat itu juga memanfaatkan teknologi untuk mempercepat tempoh pemprosesan sampel daripada lebih dua jam kepada sejam sahaja.

Selain itu, ia sedang menghasilkan kaedah ujian tidak invasif.

Kit ujiannya yang menggunakan sampel air liur daripada bahagian dalam tekak telah diluluskan oleh Penguasa Sains Kesihatan (HSA).

Syarikat tersebut menyatakan ia dapat memenuhi ketepatan PCR piawai emas dan sedang menguji kit itu dalam pelbagai sekitaran seperti para pekerja jagaan kesihatan di hospital-hospital tempatan.

Menurut pakar, kaedah itu berguna apabila ujian besar-besaran dilakukan terutama bagi mereka yang takut menjalani swab.

Advanced MedTech menjangkakan keputusan percubaannya yang terbaru akan diketahui dalam beberapa minggu akan datang. 

Sumber : CNA/EM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan