Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kadar jangkitan petugas kesihatan di M'sia 10 kali ganda lebih rendah selepas vaksinasi

Jangkitan COVID-19 terhadap 40 petugas kesihatan yang telah menerima vaksin adalah 10 kali ganda lebih rendah berbanding jangkitan sebelum proses vaksinasi terhadap barisan hadapan itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Kadar jangkitan petugas kesihatan di M'sia 10 kali ganda lebih rendah selepas vaksinasi

(Gambar: AP Photo/Vincent Thian)

Diterbitkan : 19 Apr 2021 02:20PM Dikemas Kini : 19 Apr 2021 02:22PM

KUALA TERENGGANU: Jangkitan COVID-19 terhadap 40 petugas kesihatan yang telah menerima vaksin adalah 10 kali ganda lebih rendah berbanding jangkitan sebelum proses vaksinasi terhadap barisan hadapan itu.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Ahmad Amzad Hashim berkata secara purata sebanyak 436 kes jangkitan dalam kalangan petugas kesihatan dilaporkan dalam tempoh sebulan ketika gelombang pertama COVID-19 melanda negara pada Mac tahun lepas. 

"Jumlah 40 orang petugas kesihatan yang dijangkiti COVID-19 ini berbanding 438,000 individu yang telah melengkapkan dua dos vaksin adalah peratus yang sangat kecil. 

"Ini kerana 99.9 peratus dari individu yang telah melengkapkan dua dos vaksin itu tidak kena jangkitan tersebut walaupun mereka adalah petugas barisan depan yang setiap hari berurusan dengan pesakit COVID-19," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad (18 Apr).

Pada Sabtu (17 Apr), Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan 40 petugas kesihatan dijangkiti COVID-19 selepas melengkapkan dos vaksinasi mereka, dengan sembilan orang dilaporkan dijangkiti setelah lebih dua minggu menerima dos kedua sementara 31 lagi dijangkiti dalam tempoh kurang daripada dua minggu selepas inokulasi.

Mengulas lanjut, Encik Ahmad Amzad yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata perkembangan itu selari dengan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang menyasarkan berlaku penurunan signifikan jangkitan, mengurangkan gejala yang teruk dan tidak mengancam nyawa pesakit.

"Dalam satu kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan sekitar Februari 2021 berkata hampir 4,800 petugas kesihatan dijangkiti COVID-19 untuk tempoh Mac 2020 hingga Februari 2021 atau secara puratanya 436 orang dijangkiti dalam tempoh sebulan.

"Jadi, kadar jangkitan melibatkan 40 orang petugas kesihatan selepas divaksin adalah 10 kali ganda lebih rendah berbanding purata 436 kes sebelum divaksin dan yang penting mereka tidak mengalami sebarang gejala yang teruk," katanya.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan