Skip to main content

Iklan

Iklan

Jumlah terkumpul kes COVID-19 di M'sia cecah 10,000

 Jumlah terkumpul kes positif COVID-19 di Malaysia hari ini (16 Sep) mencecah lima angka iaitu 10,031 kes selepas 62 kes baru dicatatkan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Anggaran Waktu Membaca:
Jumlah terkumpul kes COVID-19 di M'sia cecah 10,000

Keadaan di Chinatown, Kuala Lumpur. (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 16 Sep 2020 07:09PM Dikemas Kini : 16 Sep 2020 07:10PM

KUALA LUMPUR: Jumlah terkumpul kes positif COVID-19 di Malaysia hari ini (16 Sep) mencecah lima angka iaitu 10,031 kes selepas 62 kes baru dicatatkan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Perkembangan terkini itu menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 sebanyak 668.

Dr Noor Hisham berkata daripada kes baru itu, 61 kes mendapat jangkitan dalam negara melibatkan 41 warga negara itu dan 20 bukan warga negara tersebut manakala satu kes import melibatkan seorang warganegara yang pulang dari India.

Sebanyak 59 kes baru adalah di Sabah yang melibatkan 48 kes daripada Kluster Benteng LD termasuk 20 bukan warganegara, kata Dr Noor Hisham dalam kenyataan media mengenai keadaan semasa jangkitan COVID-19 di dalam negara hari ini.

Beliau berkata selain itu, kes di Sabah itu melibatkan saringan petugas kesihatan di Hospital Lahad Datu (empat kes); saringan di Pintu Masuk Antarabangsa dari Semenanjung (tiga kes); saringan di Klinik Kesihatan Lahad Datu (dua kes); dan Kluster Pulau dan di Penjara Sandakan masing-masing satu kes.

“Kedah turut mencatatkan satu kes daripada Kluster Sungai dan Pulau Pinang dengan satu kes daripada saringan kontak rapat kepada kes ke-9,397 dan kes ke-9,459. Beliau merupakan ahli keluarga kepada kedua-dua kes itu dan kesemua mereka duduk serumah,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata terdapat 26 kes COVID-19 yang pulih hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya seramai 9,235 orang atau 92.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Tiada kematian baru direkodkan, menjadikan jumlah yang meninggal dunia akibat pandemik itu kekal 128 kes.

Beliau berkata kes aktif, iaitu kes dengan kebolehjangkitan COVID-19, meningkat saban hari manakala kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) juga didapati kian meningkat. 

“Pada masa ini, terdapat 15 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan tiga memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan