Skip to main content

Iklan

Iklan

Jumlah kes COVID-19 Korea Selatan naik mendadak kepada 433 kes

Jumlah kes COVID-19 di Korea Selatan sudah meningkat dengan mendadak kepada 433 kes.

Anggaran Waktu Membaca:
Jumlah kes COVID-19 Korea Selatan naik mendadak kepada 433 kes

(Gambar: Jung Yeon-Je/AFP)

Diterbitkan : 22 Feb 2020 10:15PM Dikemas Kini : 22 Feb 2020 10:18PM

SEOUL: Jumlah kes COVID-19 di Korea Selatan sudah meningkat dengan mendadak kepada 433 kes.

Hari ini (22 Feb), 229 kes baru dicatatkan dengan 75% kes dikaitkan dengan sebuah hospital di Cheongdo dan sebuah gereja di Daegu.

Lebih 150 anggota Shincheonji Church of Jesus kini sudah menjangkiti virus itu. Ia bermula daripada seorang wanita berusia 61 tahun yang mengalami demam pada 10 Feb tetapi masih menghadiri sekurang-kurangnya empat sesi gereja di Daegu sebelum disahkan menghidap virus tersebut.

Namun pihak berkuasa Korea Selatan masih mengekalkan tahap amaran di paras jingga iaitu yang ketiga paling tinggi.

Sementara itu usaha mengawal jangkitan COVID-19 masih diteruskan untuk membendung penularan yang cepat itu.

Kes-kes baru juga sudah dilaporkan di Jeju dan Chung-cheong.

Sejauh ini dua kematian sudah dicatatkan di Korea Selatan.

Sumber : Agensi berita/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan