Skip to main content

Iklan

Iklan

Jumlah kes COVID-19 di S'pura lepasi 50,000 setelah lebih 480 jangkitan baru dicatat

 Singapura melaporkan 481 kes baru COVID-19 setakat tengah hari Ahad (26 Jul), termasuk lima jangkitan dalam masyarakat.

Anggaran Waktu Membaca:
Jumlah kes COVID-19 di S'pura lepasi 50,000 setelah lebih 480 jangkitan baru dicatat

(Gambar: Try Sutrisno Foo)

Diterbitkan : 26 Jul 2020 04:25PM Dikemas Kini : 26 Jul 2020 04:28PM

SINGAPURA: Singapura melaporkan 481 kes baru COVID-19 setakat tengah hari Ahad (26 Jul), termasuk lima jangkitan dalam masyarakat.

Ini sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan di negara ini naik kepada 50,369 kes.

Kesemua kes masyarakat adalah pemegang pas kerja, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Terdapat juga empat kes import, yang dikenakan notis Jangan Keluar Rumah sebaik sahaja tiba di Singapura.

Majoriti kes baru adalah pemegang permit kerja yang tinggal di dormitori pekerja asing, menurut MOH.

Perincian lanjut akan didedahkan malam ini, tambah kementerian itu.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan