Skip to main content

Iklan

Iklan

Jumlah dos vaksin COVID-19 diberikan di seluruh dunia melebihi 8 bilion

Jumlah dos vaksin COVID-19 yang diberikan di seluruh dunia sudah melebihi 8 bilion, lapor Sputnik.

Anggaran Waktu Membaca:
Jumlah dos vaksin COVID-19 diberikan di seluruh dunia melebihi 8 bilion

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 02 Dec 2021 03:59PM Dikemas Kini : 02 Dec 2021 04:00PM

MOSCOW: Jumlah dos vaksin COVID-19 yang diberikan di seluruh dunia sudah melebihi 8 bilion, lapor Sputnik.

Menurut Universiti Johns Hopkins (JHU), angka bilangan dos yang diberikan setakat ini adalah 8,036,182,904.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik pada 11 Mac 2020.

Setakat ini, lebih 263.41 juta orang telah dijangkiti virus itu di seluruh dunia dengan lebih 5.22 juta kematian, menurut JHU.

Data Universiti John Hopkins juga menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas diikuti India dan Brazil.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan melebihi 4.2 juta kes.

Ia diikuti oleh Filipina yang mencatatkan lebih 2.8 juta kes, Malaysia merekodkan lebih 2.6 juta kes dan Thailand dengan 2 juta kes.

Singapura pula mempunyai lebih 266,000 kes setakat Rabu (1 Dis).

Sumber : Agensi berita/SU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan