Skip to main content

Iklan

Iklan

Jangkitan COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak Malaysia membimbangkan

Kes COVID-19 di Malaysia semakin meningkat khususnya dalam kalangan kanak-kanak.

Anggaran Waktu Membaca:
Jangkitan COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak Malaysia membimbangkan

Gambar: BERNAMA

Diterbitkan : 22 Sep 2021 04:25PM Dikemas Kini : 22 Sep 2021 04:34PM

KUALA LUMPUR: Kes COVID-19 di Malaysia semakin meningkat khususnya dalam kalangan kanak-kanak.

Pihak kerajaan mahu memberikan vaksin kepada sekitar tiga juta kanak-kanak berusia 12 hingga 17 tahun sebelum penggal persekolahan tahun 2022.

Namun, ada juga ibu bapa yang kurang pasti jika mereka mahu anak mereka mendapatkan vaksin.

Tahun ini saja, 67 kematian akibat COVID-19, yang melibatkan kanak-kanak telah dicatatkan sejauh ini.

Kes COVID-19 di Malaysia yang melibatkan kanak-kanak bawah 18 tahun mencecah lebih 400,000 pada tahun ini iaitu 32 kali ganda berbanding tahun lalu.

Lebih 60 pula sudah meninggal dunia tahun ini berbanding enam pada 2020.

Kementerian Kesihatan Malaysia sudah memulakan vaksinasi bagi pelajar berusia 16 dan 17 tahun pada bulan ini menggunakan vaksin Pfizer.

Sasarannya adalah untuk memastikan 60 peratus kanak-kanak di Malaysia menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, menjelang November dan 80 peratus lengkap divaksin sepenuhnya sebelum sekolah dibuka semula pada Mac tahun depan.

"Bukan sesuatu yang mudah dengan murid melebihi lima juta orang, guru hampir 500,000 orang, sekolah lebih daripada 10,000 buah sekolah di seluruh negara, kata Menteri Pendidikan, Radzi Md Jidin.

"Maka kami perlu buat persediaan rapi dan memastikan keseluruhan ekosistem pendidikan itu bersedia,"ujarnya.

Respons daripada ibu bapa bercampur-campur sejauh ini dan ini belum mengambil kira sekitar 2,000 guru yang dilaporkan enggan divaksin.

"Kalau anak itu tidak setuju dan bapa itu tidak setuju, dia menghadapi diskriminasi oleh sekolah, kolej, pentadbir, kementerian dan hilang hak belajar seperti dulu," menurut Dr Norshinah Kamarudin, seorang pakar perubatan dalaman dan endokrinologi.

Meskipun begitu, para doktor menasihatkan ibu bapa agar membenarkan anak mereka mengambil vaksin daripada risau terhadap kemungkinan kesan sampingan seperti radang jantung.

Keraguan dalam kalangan ibu bapa dan pelajar untuk divaksin terus menjadi cabaran besar di Malaysia.

Maka itu, semakin ramai orang menyeru agar kerajaan Malaysia mewajibkan vaksinasi bagi pelajar, semua guru dan pengasuh, sebelum kelas bermula bulan depan. 

Sumber : CNA/SU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan