Skip to main content

Iklan

Iklan

Jangkitan baru COVID-19 di Malaysia menurun kepada kurang 2,500 kes

 Malaysia mencatatkan penurunan kes baru COVID-19 kepada 2,461 kes hari ini (20 Feb) daripada 2,936 yang dicatatkan semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.  

Anggaran Waktu Membaca:
Jangkitan baru COVID-19 di Malaysia menurun kepada kurang 2,500 kes

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 20 Feb 2021 08:52PM Dikemas Kini : 20 Feb 2021 08:53PM

KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan penurunan kes baru COVID-19 kepada 2,461 kes hari ini (20 Feb) daripada 2,936 yang dicatatkan semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.  

Semua kes baru hari ini adalah penularan dalam negara yang melibatkan seramai 1,589 warga tempatan dan 872 bukan warganegara, menjadikan kes terkumpul positif COVID-19 di Malaysia berjumlah 280,272 dengan kes aktif sebanyak 34,468, katanya dalam satu kenyataan berhubung perkembangan COVID-19 hari ini..

Beliau berkata selain daripada itu 4,782 kes sembuh dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah 244,753 kes atau 87.3 peratus daripada keseluruhan kes.

"Sebanyak lapan kematian disebabkan COVID-19 dilaporkan, menjadikan kes kumulatif sebanyak 1,051 kes, manakala 207 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 91 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya

Sementara itu, Selangor melaporkan kes harian baru tertinggi iaitu sebanyak 1,001 kes diikuti Kelantan (257), Johor (233), Kuala Lumpur (230),  Sarawak (134), Sabah (109), Perak (108), Kedah (101), Negeri Sembilan (89), Pulau Pinang (87), Pahang (42), Melaka (32), Terengganu (22), Putrajaya (13) dan Perlis (tiga).

Mengulas mengenai lapan kematian baru, Dr Noor Hisham berkata kesemua kes melibatkan warganegara iaitu tiga wanita dan lima lelaki berumur lingkungan 46 hingga 81 tahun yang mempunyai masalah kesihatan kronik.

Dalam pada itu, beliau berkata sebanyak 10 kluster baru dikenal pasti hari ini dengan kesemuanya adalah kluster di tempat kerja menjadikan jumlah kluster aktif kini sebanyak 510 kluster. 

Katanya daripada jumlah kluster baru, empat dikesan di Johor manakala dua di Selangor. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan