Skip to main content

Iklan

Iklan

Jangan pandang ringan SOP, PKPP masih berkuat kuasa seluruh negara - Ismail Sabri

Orang ramai diingatkan tidak memandang ringan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 terutama dari segi pemakaian pelitup muka kerana Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masih berkuat kuasa di seluruh negara.

Anggaran Waktu Membaca:
Jangan pandang ringan SOP, PKPP masih berkuat kuasa seluruh negara - Ismail Sabri

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 18 Oct 2020 08:20PM Dikemas Kini : 18 Oct 2020 08:23PM

KUALA LUMPUR: Orang ramai diingatkan tidak memandang ringan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 terutama dari segi pemakaian pelitup muka kerana Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masih berkuat kuasa di seluruh negara.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata walaupun beberapa lokaliti dikenakan PKP Diperketatkan (PKPD) dan Bersyarat (PKPB), ini tidak bermakna kawasan lain bebas daripada undang-undang.

Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) masih berkuat kuasa, katanya, selagi PKPP dilaksanakan di seluruh negara dan tindakan boleh diambil jika berlaku pelanggaran perintah.

“Walaupun kita isytiharkan PKPB dan PKPD di beberapa lokasi atau lokaliti, seluruh Malaysia masih lagi dalam PKP, tapi dalam keadaan yang agak longgar apabila kita memperkenalkan PKPP. Selagi PKP, sama ada Bersyarat, Diperketatkan atau Pemulihan, ia masih lagi tertakluk di bawah Akta 342.

“Kesalahan yang disenaraikan di bawah akta tersebut boleh dikuatkuasakan dan tindakan undang-undang boleh dikenakan,” katanya pada sidang media secara maya menerusi Facebook Kementerian Pertahanan, hari ini (18 Okt).

Encik Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata undang-undang itu bukan hanya terpakai kepada individu yang ingkar tetapi juga premis perniagaan yang boleh dikenakan tindakan seperti dikompaun ataupun diarah tutup.

Sementara itu, beliau berkata polis menahan 661 individu atas kesalahan ingkar PKPP semalam dengan 632 dikompaun, 27 direman dan dua orang dijamin.

“Jumlah 661 orang (yang ditahan semalam) bermakna meningkat hampir sekali ganda daripada tangkapan atau penahanan hari sebelumnya (467 orang),” katanya.

Daripada jumlah itu, tidak memakai pelitup muka menjadi kesalahan tertinggi dengan 223 individu, manakala gagal mematuhi penjarakan fizikal seramai 191 orang, gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (112), langgar syarat atau perintah di kawasan PKPB (75), aktiviti di pusat hiburan (45) dan lain-lain (15).

Operasi Benteng (Op Benteng) pula menyaksikan 72 pendatang tanpa izin ditahan semalam selain rampasan 35 kenderaan darat.

Encik Ismail Sabri berkata sejak pelaksanaan Op Benteng pada Mei lalu, seramai 497 pendatang tanpa izin dan 28 tekong ditangkap di Sarawak.

Dalam pada itu, beliau berkata seramai 50,254 individu pulang ke tanah air bagi tempoh 24 Julai hingga semalam, dan daripada jumlah itu, seramai 8,151 orang sedang menjalani kuarantin wajib dan 381 lagi dibawa ke hospital untuk rawatan, manakala 41,722 individu didiscaj dan dibenarkan pulang.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan