Skip to main content

Iklan

Iklan

'Jangan ingat selepas divaksin, kita sudah kebal,' kata pakar perubatan

Keputusan untuk memberikan kelonggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) kepada para individu yang lengkap menerima dua dos suntikan vaksin perlu diteliti dalam pelbagai aspek, termasuk kebimbangan mengenai ancaman varian Delta.

Anggaran Waktu Membaca:
'Jangan ingat selepas divaksin, kita sudah kebal,' kata pakar perubatan

(Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 07 Aug 2021 10:50PM Dikemas Kini : 07 Aug 2021 10:52PM

KUALA LUMPUR: Keputusan untuk memberikan kelonggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) kepada para individu yang lengkap menerima dua dos suntikan vaksin perlu diteliti dalam pelbagai aspek, termasuk kebimbangan mengenai ancaman varian Delta.

Pakar Pengurusan Risiko Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Madya Shamsul Bahari Shamsudin memberitahu Astro AWANI bahawa kes jangkitan di beberapa negara termasuk Amerika Syarikat (AS) kembali melonjak berikutan penularan varian tersebut.

Justeru, beliau berkata pematuhan SOP masyarakat ketika ini adalah langkah terbaik sebelum kelonggaran dilaksanakan.

"Pertama komitmen dan disiplin dalam melaksanakan SOP semasa masih perlu untuk setiap individu seperti penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka sangat penting. Masyarakat perlu menganggap ini sebagai satu norma baru.

"Jangan ingat kita sudah divaksin, kita kebal dan boleh buat apa sahaja termasuk rentas negeri dan sebagainya. Ingat, variasi varian dan virus ini berubah-ubah, dan sudah tentu kesannya juga berbeza-beza," katanya kepada Astro AWANI.

Mengenai kebenaran rentas negeri pula, Shamsul berkata pertimbangan mungkin boleh diberikan kepada negeri-negeri yang sudah beralih ke Fasa Tiga atau Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).

"(Pertimbangan juga) sekiranya setiap individu yang ingin melakukan rentas negeri ini telah lengkap suntikan kedua-dua dos dan telah diuji antibodi sama ada vaksin antibodi dikesan atau menunjukkan kesan yang positif, atau signifikan terhadap suntikan ini.

"Ia mungkin hanya dibenarkan kepada negeri-negeri yang telah mencapai Fasa Tiga atau Empat PPN, begitu juga dengan sektor ekonomi dan industri," ujarnya lagi.

Semalam (6 Ogos), Menteri Penyelaras PPN,Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan tidak akan lagi menggunakan jumlah kes harian COVID-19 sebagai penunjuk bagi membolehkan negeri dan wilayah dalam Fasa Dua PPN, bergerak ke fasa seterusnya.

Sebaliknya, jelas Zafrul yang juga Menteri Kewangaan, kerajaan akan menggunakan kadar kemasukan ke hospital, sebagai salah satu daripada tiga nilai ambang untuk negeri-negeri dan wilayah, untuk memasuki Fasa Tiga dan Empat.

Setakat ini, jumlah kumulatif pemberian dos vaksin dalam negara adalah lebih 23.161 juta.

Daripada jumlah itu, 7.998 juta individu telah melengkapkan vaksinasi mereka.

Sumber : Agensi berita/AW/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan