Skip to main content

Iklan

Iklan

Itali tarik balik sekatan perjalanan; sambut kedatangan pelancong Britain

Itali pada Rabu (3 Jun) menarik balik beberapa lagi sekatan yang dikenakan berikutan wabak COVID-19, membolehkan penduduk bebas bergerak dan pelancong dari Britain mengunjungi negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Itali tarik balik sekatan perjalanan; sambut kedatangan pelancong Britain

Seorang lelaki berpelitup di Bari, Itali pada 27 Mac 2020. (Gambar: REUTERS/Alessandro Garofalo)

Diterbitkan : 04 Jun 2020 09:36AM Dikemas Kini : 04 Jun 2020 09:38AM

ROME: Itali pada Rabu (3 Jun) menarik balik beberapa lagi sekatan yang dikenakan berikutan wabak COVID-19, membolehkan penduduk bebas bergerak dan pelancong dari Britain mengunjungi negara itu.

Di bawah pakej baru yang diumumkan oleh pemerintah Itali pada 4 Mei lalu, antara lain membolehkan sektor binaan dan pembuatan dibuka semula.

Pada 18 Mei pula, kedai runcit dan salun dandanan rambut dibenarkan dibuka selain bar serta restoran mula beroperasi sepenuhnya.

Larangan terakhir adalah sekatan pergerakan antara wilayah kecuali bagi mereka yang memiliki sijil kebenaran untuk merentas wilayah.

Larangan perhimpunan dan acara awam masih berkuat kuasa. Sementara, panggung wayang dan teater dibuka semula mulai 15 Jun. 

Sumber : Bernama/AW/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan