Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Israel, Korea Selatan setuju tukar ganti vaksin COVID-19

Israel pada Isnin (5 Jul) bersetuju untuk memberikan sekitar 70,000 dos vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech yang hampir luput kepada Korea Selatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Israel, Korea Selatan setuju tukar ganti vaksin COVID-19

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 06 Jul 2021 10:38AM Dikemas Kini : 06 Jul 2021 10:39AM

SEOUL: Israel pada Isnin (5 Jul) bersetuju untuk memberikan sekitar 70,000 dos vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech yang hampir luput kepada Korea Selatan.

Demikian lapor akhbar Haaretz, menukil Perdana Menteri Israel Naftali Bennett.

Penghantaran dos-dos vaksin itu akan bermula pada hujung Julai dan sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, Israel akan menerima dos-dos vaksin Pfizer yang ditempah oleh Seoul, dalam jumlah yang sama pada September dan Oktober,
kata Bennett.

Seorang jurucakap bagi Kementerian Kesihatan Korea Selatan hari ini (6 Jul) berkata beliau tidak mempunyai sebarang ulasan terhadap laporan itu.

Korea Selatan dengan pantas mengagihkan vaksin COVID-19 itu namun berdepan kesukaran mendapatkan jumlah dos mencukupi tepat pada masanya di tengah-tengah bekalan global yang terhad, khususnya di Asia.

Pemerintah negara itu menyatakan pada minggu lalu bahawa ia berharap dapat mencapai imuniti kelompok lebih awal daripada sasaran pada bulan November dengan memvaksin sekurang-kurangnya 70 peratus daripada penduduknya dengan minimum satu dos vaksin dan sebahagian besarnya vaksin mRNA seperti Pfizer.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan