Skip to main content

Iklan

Iklan

Ismail Sabri gesa guru segera divaksin

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob meminta warga pendidik agar segera mendapatkan vaksin COVID-19 demi perlindungan diri dan pelajar sekolah.

Anggaran Waktu Membaca:
Ismail Sabri gesa guru segera divaksin

Perdana Menteri Malaysia, Ismail Sabri Yaakob, (Gambar fail: Vincent Thian/AP)

Diterbitkan : 17 Oct 2021 03:45PM Dikemas Kini : 17 Oct 2021 03:49PM

BERA: Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob meminta warga pendidik agar segera mendapatkan vaksin COVID-19 demi perlindungan diri dan pelajar sekolah.

Encik Ismail Sabri berkata setakat ini, walaupun belum menjadi kewajiban bagi guru untuk mendapatkan vaksin, mereka berisiko meningkatkan jangkitan kerana bakal berjumpa secara fizikal dengan pelajar ketika sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas kelak.

“Misalnya, guru sekolah rendah yang belum dapat vaksin, ia akan merisikokan murid mereka termasuk rakan-rakan guru sebab itu Kementerian Pendidikan tegas dalam aspek vaksin ini.

“Kalau dengan kehadiran kita yang tidak divaksin ini bahayakan orang lain, maka kita sepatutnya ambil tanggungjawab lindungi rakan-rakan yang sama mengajar di sekolah, lebih penting kesihatan murid-murid,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyampaian Peranti Komputer Program Cerdik Kementerian Pendidikan Malaysia kepada pelajar Parlimen Bera di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bera Bandar 32 di Bera hari ini (17 Okt), yang turut dihadiri Pengarah Pendidikan Pahang Mohammad Rosli Abdul Rahman.

Menurut Encik Ismail Sabri, sekiranya belum mendapat vaksinasi, golongan ini tidak akan dapat menikmati keistimewaan yang diberikan kepada individu yang sudah mendapatkan vaksin, misalnya rentas negeri.

Justeru, beliau meminta warga pendidik dan individu lain yang belum mendapatkan suntikan vaksin agar segera berbuat demikian.

Sementara itu, Encik Mohammad Rosli berkata kadar vaksinasi keseluruhan guru di Pahang mencatatkan 98 peratus dan ia satu perkembangan yang baik manakala 88 peratus remaja sekolah berumur 12 hingga 17 tahun juga sudah mendapatkan vaksin.

Di samping keadaan COVID-19 yang semakin terkawal, beliau berkata terdapat 167 orang murid di Pahang terjejas emosi, jiwa, perasaan serta kehidupan selepas kematian ibu dan bapa mereka akibat wabak COVID-19.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan