Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Iran catat 12 kematian, 61 kes COVID-19

 Kes jangkitan dan kematian kerana COVID-19 di Iran terus bertambah sejak yang pertama dikesan di bandar Qom minggu lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Iran catat 12 kematian, 61 kes COVID-19

Seorang wanita di Tehran, Iran memakai pelitup pada 22 Feb 2020 (Gambar: Atta Kenare/AFP)

Diterbitkan : 24 Feb 2020 06:12PM Dikemas Kini : 24 Feb 2020 06:14PM

IRAN: Kes jangkitan dan kematian kerana COVID-19 di Iran terus bertambah sejak yang pertama dikesan di bandar Qom minggu lalu.

Sehingga hari ini (24 Feb) 12 pesakitnya telah meninggal dunia, jumlah kematian tertinggi di luar China.

Sejauh ini, sehingga 61 orang dijangkiti virus itu di Iran termasuk di ibu kota Tehran.

Dalam usaha membendung penularan virus itu, banyak kawasan di Iran telah dikenakan perintah kepungan walaupun tidak sepenuhnya.

Pihak berkuasa juga menutup semua sekolah di 14 wilayah.

Universiti Tehran pula menggantung kuliahnya dan menutup asrama selama beberapa hari.

Para mahasiswa yang tinggal di asrama-asrama diminta pulang ke rumah dan meneruskan pengajian mereka menerusi internet.

Selain itu pihak berkuasa terus menggantung pertandingan bola sepak serta tayangan filem di pawagam-pawagam.

Kerja-kerja membersihkan pengangkutan awam di ibu kota Tehran turut dipertingkat.

Penularan mendadak COVID-19 di Iran mendorong negara-negara jirannya menguatkuasakan larangan perjalanan ke negara itu.

Sumber : Agensi berita/MU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan