Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Iran buka semula makam suci, tapak budaya

Iran pada Sabtu (23 Mei) mula membuka semula perniagaan, tapak-tapak keagamaan dan kebudayaan sedang ia melonggarkan sekatan bagi membendung penularan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Iran buka semula makam suci, tapak budaya

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 23 May 2020 06:07PM Dikemas Kini : 23 May 2020 06:14PM

DUBAI: Iran pada Sabtu (23 Mei) mula membuka semula perniagaan, tapak-tapak keagamaan dan kebudayaan sedang ia melonggarkan sekatan bagi membendung penularan COVID-19.

Muzium dan tapak-tapak bersejarah akan dibuka semula pada Ahad (24 Mei) sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang menandakan berakhirnya sebulan umat Islam berpuasa pada bulan Ramadan, kata Presiden Iran Hassan Rouhani melalui televisyen negara.

Makam-makam suci di negara itu - ada yang menjadi titik permulaan wabak COVID-19, akan dibuka semula pada Isnin (25 Mei).

Presiden Rouhani berkata pada minggu lalu bahawa makam-makam berkenaan akan dibuka selama tiga jam pada sebelah pagi dan lagi tiga jam pada sebelah petang. Sebahagian kawasan di tempat-tempat suci itu seperti laluan sempit akan terus ditutup.

Kesemua pekerja di Iran akan kembali bekerja pada Sabtu depan.

"Kami boleh katakan bahawa negara ini sudah selesai melalui tiga fasa virus korona," kata Encik Rouhani.

Fasa keempat adalah langkah-langkah sekatan di 10 daripada 31 wilayah Iran, di mana situasi bertambah baik dan pemeriksaan akan ditingkatkan sementara pesakit diasingkan daripada penduduk yang lain.

Encik Rouhani berkata minggu lalu bahawa restoran akan dibuka semula selepas bulan Ramadan dan acara sukan disambung semula tanpa sebarang penonton. Universiti kecuali sekolah perubatan akan dibuka semula pada 6 Jun.

Menurutnya lagi, 88 peratus kematian di Iran disebabkan oleh pesakit COVID-19 yang mengalami penyakit lain.

Menurut perangkaan oleh kementerian kesihatan Iran, lebih daripada 7,000 orang meninggal dunia akibat pandemik berkenaan di Iran dengan lebih 130,000 kes jangkitan.

Sumber : AFP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan