Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia sahkan 105 kes baru COVID-19; 3 lagi kematian

Indonesia mengesahkan 105 kes baru virus korona COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara itu kepada 790, kata pegawai Kementerian Kesihatan, Achmad Yurianto pada Rabu (25 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia sahkan 105 kes baru COVID-19; 3 lagi kematian

Para pekerja kesihatan menyembur cecair pembasmi kuman ke seorang penunggang motosikal di Surabaya, Indonesia, pada 22 Mac 2020. (Gambar: Trisnadi/AP)

Diterbitkan : 25 Mar 2020 09:35PM Dikemas Kini : 25 Mar 2020 09:43PM

JAKARTA: Indonesia mengesahkan 105 kes baru virus korona COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara itu kepada 790, kata pegawai Kementerian Kesihatan, Achmad Yurianto pada Rabu (25 Mac).

Tiga lagi meninggal dunia, membawa jumlah kematian kepada 58 orang, katanya, sambil menambah bahawa 31 orang sudah pulih daripada virus itu.

Pegawai itu berkata jumlah kes jangkitan pada hari Selasa disemak kurang satu kepada 685 selepas seorang pesakit dikira dua kali.

Para pakar kesihatan berkata Indonesia menghadapi lonjakan dalam kes virus korona itu dan data yang dikeluarkan dilihat sebagai kurang melaporkan skala sebenar jangkitan di negara itu. Ini disebabkan kadar ujian yang rendah manakala kadar kematian pula tinggi.

Satu kajian oleh Pusat Penyelidikan Model Matematik bagi Penyakit Berjangkit, yang berpangkalan di London, yang dikeluarkan pada Isnin menganggarkan bahawa hanya sekitar 2 peratus daripada jangkitan virus korona Indonesia dilaporkan.

Ini bermakna angka sebenar adalah sekitar 34,300 kes, yang melebihi jumlah kes di Iran.

Beberapa model kiraan lain menjangkakan, dalam senario paling buruk, jumlah kes boleh meningkat sehingga kepada sekitar 5 juta di Jakarta, menjelang akhir April.

"Kami sudah hilang kawalan, ia sudah merebak ke mana-mana," kata pakar ekonomi kesihatan awam Ascobat Gani kepada Reuters. "Mungkin kita akan mengikuti nasib Wuhan atau Itali. Saya fikir kita berada dalam lingkungan itu".

Pemerintah bagaimanapun menegaskan kesan virus itu tidak begitu teruk.

"Kami tidak akan mengalami keadaan seperti itu," kata Achmad Yurianto, seorang pegawai kanan kementerian kesihatan, merujuk perbandingan dengan wabak di Itali dan China.

"Apa yang penting ialah kita menyatukan rakyat ... mereka harus menjaga jarak mereka."


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan