Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia peruntuk Hampir S$1.99 bilion beli vaksin Sinovac dari China

Indonesia sudah memperuntukan hampir AS$1.5 bilion (S$1.99 bilion) untuk membeli vaksin COVID-19 dari syarikat China, Sinovac.

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia peruntuk Hampir S$1.99 bilion beli vaksin Sinovac dari China

Seorang pegawai Indonesia periksa penghantaran vaksin Sinovac (Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 15 Jan 2021 08:11PM Dikemas Kini : 15 Jan 2021 08:13PM

JAKARTA: Indonesia sudah memperuntukan hampir AS$1.5 bilion (S$1.99 bilion) untuk membeli vaksin COVID-19 dari syarikat China, Sinovac.

Program suntikan vaksin secara besar-besarannya pula dianggarkan melibatkan belanja sehingga AS$5.3 bilion (S$7.03 bilion).

Indonesia merancang menyuntik semua penduduknya dalam masa 15 bulan akan datang. Para pekerja kesihatan Indonesia kini menggesa orang ramai supaya mendapatkan suntikan itu sedang penularan virus COVID-19 di negara itu masih pesat.

Hari ini (15 Jan) jumlah kes barunya melepasi 12,000, menjadikan jumlah keseluruhan kepada lebih 882,000.

Dalam tempoh 24 jam sehingga tengah hari tadi, bilangan tertinggi kes baru di negara itu dicatatkan di Jawa Barat dengan lebih 3,000 kes. Ia disusuli oleh Jakarta dengan lebih 2,500 kes.

Bilangan kematian pesakitnya pula bertambah 238 kepada lebih 25,400 orang.

Sumber : Agensi berita/MU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan