Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia muktamadkan perjanjian bersama Pfizer, AstraZeneca bagi vaksin COVID-19

Indonesia sedang memuktamadkan perjanjian bagi mendapatkan 50 juta dos vaksin COVID-19 dari syarikat pembekal ubat-ubatan Pfizer dan AstraZeneca, menurut kementerian kesihatan negara itu pada Selasa (29 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia muktamadkan perjanjian bersama Pfizer, AstraZeneca bagi vaksin COVID-19

(Gambar fail: Reuters/Dado Ruvic)

Diterbitkan : 29 Dec 2020 07:44PM Dikemas Kini : 29 Dec 2020 07:45PM

JAKARTA: Indonesia sedang memuktamadkan perjanjian bagi mendapatkan 50 juta dos vaksin COVID-19 dari syarikat pembekal ubat-ubatan Pfizer dan AstraZeneca, menurut kementerian kesihatan negara itu pada Selasa (29 Dis).

Budi Gunadi Sadikin berkata persetujuan bersama AstraZeneca akan dimuktamadkan sebelum penghujung tahun ini, sementara perjanjian dengan Pfizer akan ditandatangani pada minggu pertama Januari.

Bercakap di sidang media rasmi beliau yang pertama, Encik Budi berkata 1.3 juta kakitangan jagaan kesihatan barisan hadapan akan diberi keutamaan untuk mendapatkan vaksin. Sekitar 500 pekerja jagaan kesihatan meninggal dunia akibat COVID-19.

"Mereka adalah kumpulan paling penting dalam perjuangan kami menentang pandemik," katanya.

Indonesia sedang bergelut untuk mengawal penularan COVID-19.

Hampir 72,000 kes jangkitan dan 21,500 kematian dilaporkan di negara itu, iaitu antara jumlah tertinggi di Asia.

Pekerja perubatan akan dimasukkan dalam senarai pertama suntikan vaksin antara Januari dengan April, di samping para pegawai perkhidmatan awam. Gelombang kedua suntikan pula akan meliputi mereka yang berada di kawasan jangkitan "zon merah".

Sementara negara-negara lain mendahulukan golongan warga emas untuk diberi suntikan vaksin, Indonesia memilih mereka yang berusia antara 18 dengan 59 tahun dalam usaha melindungi penduduk yang bekerja.

Bambang Heriyanto, setiausaha korporat syarikat pengeluar ubat-ubatan milik negara Bio Farma, berkata strategi itu membolehkan Indonesia mencapai imuniti kelompok.

"Jika imuniti kelompok dapat dicapai, sesiapa di bawah usia 18 dan di atas usia 59 tahun dapat dilindungi juga," katanya.

Secara keseluruhan, Indonesia sudah memperoleh 329 juta dos vaksin, termasuk sekitar 125 juta dari syarikat ubat-ubatan Sinovac dari China, 50 juta dari Novavax dan 54 juta dari program vaksin global COVAX.

Vaksin AstraZeneca dijangka tiba pada suku kedua 2021 manakala Pfizer pada suku ketiga.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan