Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia meterai perjanjian bersama AstraZeneca, Novavax bagi 100 juta dos vaksin COVID-19

Indonesia menandatangani perjanjian bersama dua syarikat pembekal ubat-ubatan AstraZeneca dan Novavax, bagi mendapatkan 100 juta dos vaksin, demikian menurut menteri ehwal luar negara itu pada Rabu (30 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia meterai perjanjian bersama AstraZeneca, Novavax bagi 100 juta dos vaksin COVID-19

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 30 Dec 2020 05:39PM Dikemas Kini : 30 Dec 2020 05:40PM

JAKARTA: Indonesia menandatangani perjanjian bersama dua syarikat pembekal ubat-ubatan AstraZeneca dan Novavax, bagi mendapatkan 100 juta dos vaksin, demikian menurut menteri ehwal luar negara itu pada Rabu (30 Dis).

"Kami sudah mendapat bekalan vaksin, dari AstraZeneca dan Novavax, masing-masing 50 juta dos," kata Cik Retno Marsudi.

Menteri kesihatan baru Indonesia, Budi Gunadi Sadikin pula berkata kedua-dua vaksin itu akan menawarkan lebih banyak pilihan kepada negara Asia Tenggara itu.

"Kini kami boleh fikirkan tentang fasa kedua, bagaimana untuk mengedarkan vaksin tersebut," katanya.

Indonesia merancang untuk mulakan suntikan vaksin menggukan Sinovac dari China, sebanyak 1.2 juta dos yang diperolehinya bulan ini dengan bekalan tambahan 1.8 juta dos pada bulan depan, sebaik sahaja ia mendapatkan kelulusan penggunaan kecemasan, seperti dilaporkan sebelum ini.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan