Skip to main content

Iklan

Iklan

Indonesia lapor lonjakan tertinggi kes COVID-19 dalam lebih 3 bulan

Indonesia melaporkan 7,725 jangkitan baru COVID-19 pada Rabu (9 Jun), jumlah harian tertinggi sejak 26 Februari. Ini sekali gus membawa jumlah kes jangkitan koronavirus kepada 1.87 juta, berdasarkan data daripada pasukan bertindak COVID-19 negara itu. 

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia lapor lonjakan tertinggi kes COVID-19 dalam lebih 3 bulan

Oran ramai beratur untuk mendaftarkan diri bagi dos vaksin COVID-19, AstraZeneca, di Jakarta pada 4 Jun 2021. (Gambar: Willy Kurniawan/REUTERS)

Diterbitkan : 09 Jun 2021 10:55PM Dikemas Kini : 09 Jun 2021 10:57PM

JAKARTA: Indonesia melaporkan 7,725 jangkitan baru COVID-19 pada Rabu (9 Jun), jumlah harian tertinggi sejak 26 Februari. Ini sekali gus membawa jumlah kes jangkitan koronavirus kepada 1.87 juta, berdasarkan data daripada pasukan bertindak COVID-19 negara itu.

Pasukan bertindak itu juga melaporkan 170 orang meninggal dunia akibat COVID-19 pada Rabu, membawa angka korban kepada seramai 52,162.

Presiden Joko Widodo pada Rabu berkata negara itu menyasarkan untuk mempercepatkan program vaksinasi COVID-19 kepada satu juta dos sehari menjelang Julai.

Pihak berkuasa menawarkan vaksinasi kepada individu berusia 18 tahun ke atas di Jakarta bagi membendung penularan yang kian meningkat di ibu kota negara itu.

Para pakar kesihatan bimbang tentang risiko daripada lonjakan baru dalam jangkitan yang disebabkan oleh varian baru dan peningkatan pada perjalanan bulan lalu, sedang ramai penduduk di negara dengan majoriti Muslim di dunia itu mudik ke kampung halaman bagi bercuti selepas Ramadan.

Dalam kenyataan berasingan pada Rabu, kementerian kesihatan negara itu menyatakan perangkaannya menunjukkan bahawa kadar penularan COVID-19 pada minggu lalu di Jakarta masih "agak tinggi".

Sekurang-kurangnya 11.43 juta rakyat Indonesia sudah menerima kedua-dua dos vaksin, sama ada keluaran Sinovac Biotech atau Sinopharm dari China atau AstraZeneca.

Setakat sehingga 31 Mei, Indonesia mempunyai 76 juta dos vaksin yang sedia untuk digunakan.  

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan