Indonesia lapor 3,100 kes baru COVID-19
Kes COVID-19 di Indonesia bertambah lebih 3,100 hari ini (15 Sep).
JAKARTA: Kes COVID-19 di Indonesia bertambah lebih 3,100 hari ini (15 Sep).
118 lagi pesakit COVID-19 di Indonesia sudah meninggal dunia.
879 daripada kes-kes baru itu dikesan di ibu kota Jakarta yang sejak semalam menguatkuasakan semula sekatan sosial secara besar-besaran.
Secara keseluruhannya kes COVID-19 di Jakarta setakat ini berjumlah hampir 55,100 atau kira-kira 25 peratus daripada bilangan di seluruh Indonesia.
Virus korona itu sudah menular di kesemua 34 wilayah Indonesia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.