Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia gesa Bio Farma percepat proses hasil ubat Remdesivir bagi rawat pesakit COVID-19

Pemerintah Indonesia menggesa syarikat ubat milik pemerintah, Bio Farma supaya mempercepat proses menghasilkan ubat Remdesivir yang digunakan untuk merawat pesakit COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia gesa Bio Farma percepat proses hasil ubat Remdesivir bagi rawat pesakit COVID-19

Juruteknik makmal memeriksa ubat remdesivir di kemudahan Gilead Sciences di La Verne, California, Amerika Syarikat. (Gambar: Gilead Sciences menerusi Reuters)

Diterbitkan : 28 Sep 2020 07:17PM Dikemas Kini : 28 Sep 2020 07:19PM

JAKARTA: Pemerintah Indonesia menggesa syarikat ubat milik pemerintah, Bio Farma supaya mempercepat proses menghasilkan ubat Remdesivir yang digunakan untuk merawat pesakit COVID-19.

Gesaan itu dibuat menyusuli satu mesyuarat penyelaras mengenai ubat COVID-19 pada hujung minggu lalu.

Agensi Kawalan Makanan dan Ubat Indonesia sedang memproses lesen Bio Farma bagi ujian klinikal Remdesivir.

Bahan-bahan mentah bagi ubat itu diperolehi dari China.

Memandangkan virus COVID-19 terus menular pesat di Indonesia, para doktornya memberi amaran tentang kekurangan para pekerja jagaan kesihatan.

Menurut Persatuan Perubatan Indonesia, lebih 100 doktor meninggal dunia kerana COVID-19.

Pada Isnin (28 Sep), lebih 3,500 kes baru dan 87 lagi kematian dilaporkan.

Hampir 900 kes baru itu berlaku di Jakarta.

Secara keseluruhannya seramai lebih 278,000 penduduk Indonesia sudah dijangkiti virus korona itu dengan jumlah kematian lebih 10,400 orang.

Sumber : Agensi berita/MU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan