Virus Korona

Images
  • indo covid
    Pekerja jagaan keselamatan berjalan di sebuah pasar tradisional sedang ujian swab diambil ke atas para vendor untuk diuji bagi COVID-19 di Jakarta, Indonesia, pada 25 Jun 2020. (Gambar: Willy Kurniawan/REUTERS)

Indonesia catat 3,963 kes baru COVID; lagi 135 kematian disahkan

JAKARTA: Indonesia mencatatkan 3,963 kes positif baru COVID-19 dalam tempoh 24 jam iaitu jumlah harian tertinggi sejak kes pertama dikesan di republik tersebut pada 2 Mac 2020.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia mengenai COVID-19 hari ini (16 Sep), jumlah kes positif keseluruhan di republik itu kini meningkat kepada 228,993 manakala lagi 100,236 pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.

Bagi tempoh 12.00 tengah hari semalam sehingga 12.00 tengah hari ini juga, lagi 135 kematian direkodkan, menjadikan angka korban kini berjumlah 9,100 orang.

Jakarta, yang kembali menguatkuasakan peraturan Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) selama dua minggu bermula Isnin lalu, masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 57,469 kes dengan pertambahan 1,294 kes baru.

Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 2,867 orang, diikuti dengan Jakarta (1,481), Jawa Tengah (1,179), Kalimantan Selatan (392), Sulawesi Selatan (386) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

- BERNAMA/FZ/fz

Top