Skip to main content

Iklan

Iklan

Indonesia catat 1,209 kes baru COVID-19 dalam 24 jam

Sebanyak 70 lagi kematian akibat virus COVID-19 di Indonesia dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kematian kini 3,241 orang.

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia catat 1,209 kes baru COVID-19 dalam 24 jam

Gerakan ujian swab COVID-19 ke atas para peniaga pasar tradisional di Jakarta (Gambar: /REUTERS)

Diterbitkan : 06 Jul 2020 09:27PM Dikemas Kini : 06 Jul 2020 09:29PM

JAKARTA: Sebanyak 70 lagi kematian akibat virus COVID-19 di Indonesia dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kematian kini 3,241 orang.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19 Achmad Yurianto berkata, kes positif virus itu juga berterusan meningkat kepada 64,958 kes, iaitu tambahan 1,209 kes baru bagi tempoh berkenaan.

“Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 13,360 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19,” katanya dalam sidang media hariannya yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,053 kes, diikuti Jakarta (649 kes), Jawa Tengah (215), Kalimantan Selatan (202) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

Berdasarkan data kematian bagi tempoh 24 jam itu, 33 kematian berlaku di Jawa Timur, 15 kematian di Jawa Tengah dan selebihnya di wilayah lain di Indonesia.

Sumber : Bernama/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan